Friday, March 2, 2018

PUISI : 47. Hati Menjerit

Dengarlah..
Hati ini mahu berkata- kata..
Ia tidak lagi mampu..
Terus menanggung bebanan.. 
Akibat terdera setiap masa..
Dek rasa terlekat di jiwa..

Hati asyik meronta- ronta..
Sukar membisu, diam tak bersuara..
Sekian lama menyimpan rasa..
Mahu meletus emosi segala..

Aku suka padamu!
Itu jeritannya..
Seringkali bergema..
Terlafaz indah membuai jiwa..
Kadang sayu menghimpit sukma..

Sayangnya..
Jeritan itu sekadar di pinggiran hati..
Mustahil untuk dia dengar dan ketahui..

Andai saja kekuatan itu ada..
Segan pula tiada dirasa..
Tidak aku dalam keraguan..
Untuk persembahkan isi hati..
Yang tak sudah menjerit sendiri..
Hingga aku terseksa berkali- kali..

Dalam kepasrahan..
Aku meluahkan..
Tiap kali hati menjerit kesayuan..
Doa dipohon dalam kesyahduan..
Berharap kasih yang berpanjangan..
Tak mengapa jika tidak dari insan..
Asal tak putus dari Sang Tuhan..


    MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati



02.03.2018

No comments:

Post a Comment