Jauh..
Paling jauh sekali..
Ingin aku membawa diri ini..
Jauh memencilkan diri..
Dari ragam manusia tak habis itu ini..
Dari masalah tak pernah habis mendatangi..
Tapi aku tahu..
Tak mungkin sama sekali..
Untukku hidup tanpa sesiapa..
Tak mungkin jua aku tenang..
Membiarkan masalah tanpa penyelesaiannya..
Kerana itu..
Aku perlu mendekati..
Bukan menjauhi..
Dekat pada Dia..
Dia yang berkuasa atas tiap sesuatu..
Moga tenang ada di hati..
Meskipun sukar dirasai..
Mendepani hari-hari yang bersilih ganti..
Berlalu pergi dan datang kembali..
#MekNina
#SiPengayatSukaHati ❤
No comments:
Post a Comment