Tuesday, April 25, 2017

DISKUSI: 1. Antara 2 Pilihan?

Ya atau tidak?
Betul atau salah?
Nak atau tak?
Lebih atau kurang?
Ini atau itu?
Begini atau begitu?
Sini atau sana?
Saya atau dia?

Haaa.. Banyak kalau nak disenaraikan. Itulah kan, dalam hidup kita ni sebenarnya tak pernah lari dihadapkan dengan banyak pilihan. Sampai pening jadinya. Hipotesisnya, lagi banyak pilihan, lagi bingung fikiran.

Macam mana ye kita nak hadap pilihan- pilihan tu semua? Nak buat pilihan yang betul- betul terbaik ni bukan senang tau. Tersilap pilih, menyesal tak sudah. Kalau jenis redha tak mengapa. Kata orang, "Just follow the flow." Senang la kalau gitu. Paling- paling common pon, "Redha je la. Wat lek wat pis!" Kalau yang jenis mudah melatah ke putus semangat memang mulalah nak kata, "Weyh, kalau aku tahu jadi gini memang tak la aku pilih dari awal." Takpun dikeluhnya, "Apesal la nasib aku asyik malang je ni? Susah la camni!" Sadis sungguh!

Siapa yang nak kan kecundang di hari kemudian. Kalau boleh, hidup ni nak biar smooth je. Datang la dugaan sekalipun, pilihan nak atasi dugaan tu semua harap- harap yang best jer. Kita pilih ceni (macam ni) ok, kita pilih centu (macam tu) pon ok! Hailah, senang betul!

Tapi paling utama ingatlah, semua yang kita pilih bersandarkan DIA. Siapa 'dia' tu? Dialah yang Maha Menentukan. Bukankah kita ni cumalah insan yang tahu merancang sedangkan Dia pula sebaik- baik perancang. Kun fayakun. Dia kata jadi, maka jadilah. Kalau kita? Mula- mula je kecoh "Haaa, jadi.. Jadi! Aku konfem memang jadi." Nada tegas kemain. Lastly, datang dengan lenggang lenggok dia, buat muka tak bersalah terus cakap lembut, "Sorry la weyh, tak jadi pulak. Biasalah, kita hanya merancang." Ada yang camni tak? Kalau kata takde saya rasa memang konfem menipu. Sebabnya tak mungkin apa yang dirancang itulah yang terjadi. Even takde dalam planning list pon entah dari mana tetiba muncul. Saya sendiri pernah guna dialog kat atas tu tau. Cuma lagi lemah lembut kot... Bukan nak membodek (tak pandai la nak bodek orang.. huhu) tapi serba salah mungkin. 
Sebab tu la, dalam kita nak buat pilihan tu kita kena merancang. Kalau tak rangka apa- apa rancangan, strategi atau point yang berkaitan, memang tak nampak langsung pilihan. Senang kata macam takde arah tujuan. Huish, dah lost ke apa? Nauzubillah...

Boleh jadi jugak kita buat win- win solution. Apabila bermain dengan penyelesaian masalah ni, yang utama kita perlu tekankan ialah baik dan buruk atau kelebihan dan kekurangan berkaitan pilihan tersebut. Contoh la kan, tetiba ditembak soalan macam ni, "Antara saya atau dia, mana SATU yang awak pilih?" Aippp, soalan ni mencabar sungguh la! Nampak macam peluru terbang menuju sasaran dah tu. Akukah yang jadi sasaran itu?! Uish, imaginasi tak sah tak melampau. Kang tak dipilih yang disini, terus ditembak kaw- kaw. Kalau belasah- belasah manja boleh tahan lagi. Pastu kalau tak pilih disana pulak, kang ada yang datang buat serangan hendap. Dah jadi perang dunia antara aku dan dia ke berapa entah.

Kalau korang alami situasi macam gini, macam mana ek? Jujur saya katakan, saya buntu ni. Buntu sebab tak pernah alami kot. Kalau pilih orang sebab nak buat kerja secara berkumpulan tu pernah la. Kalau macam kisah- kisah segi tiga tak berapa nak bersegi ni belum lagi. Tapi takpe, izinkan saya untuk berimaginasi ye.

Kalau saya yang ditanya, mungkin saya akan minta masa dulu jika saya tengah keliru. Bukan apa, untuk fikir secara rasional sebelum buat apa- apa keputusan. Tak nak terus pilih dalam keadaan terburu. Emosi pon kena jaga. Bukan saya yang ditanya saja, dia yang bertanya pon sama. Saya (khususnya) kena bertenang dulu dan mintak 'si dia' yang dah berapi dengan soalan berkait antara dua pilihan tu bawak bertenang jugak. Bincang dengan elok- elok. Tak nak la gaduh- gaduh sampai cakap pon main lepas je. Biarlah macam pepatah, bagai menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung pon tak berselerak. Kaitan ek? Tapi jangan pulak time ni mula la nak cakap baik- baik sebab tak nak jadi macam pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Alahai, nak pilih dua- dua punya pasal. Lainlah kalau kedua- duanya memang orang penting serta melibatkan hal penting, bukannya pakwe makwe tu semua. Lepas minta masa tu, guna kesempatan untuk fikir baik- baik. Bukan secara luaran dan untuk kepentingan diri semata, tapi secara menyeluruh melibatkan luaran serta dalaman di samping untuk kebaikan semua.

Kalau masih ragu- ragu, jangan segan nak minta pendapat orang lain. Tak semestinya yang kita rasa betul tu sebenarnya betul. Mungkin dengan bertanya orang terdekat seperti mak ayah ke adik beradik takpun sahabat, pandangan kita jadi lebih meluas lagi. Kadang- kadang bila jiwa kacau ni, fikiran pon jadi sempit. Bukan setakat dapat berbincang, malah kita pon dapat luahkan tekanan. Takde la asyik- asyik, "Haih, betul ke tidak apa yang aku buat ni? Takleh ke tak buat pilihan langsung." Bimbang pula, lama- lama jadi tekanan. Tak dapat jawapan yang bagus pon sekurang- kurangnya mungkin terlekat jugak nasihat sepatah dua. Lagi molek, kalau rujuk pada yang pakar. Itu kalau dah teruk sangat. Tapi ok apa! Lagi banyak ilmu dapat dikongsi.

Yang tak bestnya bila dah yakin tapi tiba- tiba datang penyakit pula. Penyakit was- was.. Hukaloh! Inilah punca kepada jalan yang utama sebenarnya. Apedia? Haaa, tak ingat ke pasal doa? Sebenarnya, kita yang sedang mencari jawapan ni la sememangnya memerlukan petunjuk. Apatah lagi petunjuk itu untuk menuju kebenaran. Malah, tindakan yang kita nak buat tu diharapkan dapat keredhaan pada keseluruhannya. Bukan memilih antara "saya atau dia" semata tapi memilih antara yang hak dan batil juga. Mohonlah dari Ilahi, agar didorong untuk membuat pilihan yang terbaik serta dipermudahkan dalam membuat keputusan. Andai saja ada kekhilafan diakhirnya, moga tiada kemarahan atau penyesalan yang menggugatkan keimanan.

Pilihan.. sesungguhnya berkait dengan istikarah. Insan yang lemah seperti kita hendaklah sembah sujud padaNya sentiasa. Adalah lagi mulia jika kita jatuhkan lutut beserta dahi dipermukaan tanah adalah untuk solat, termasuklah solat istikarah. Jangan sombong! Jangan angkuh untuk memohon kekuatan dan pertolongan dari Allah. Kerana di akhirnya, Dialah menjadi arah tuju kita.

Pilihan..
Ada dalam kedua tangan..
Mahu kupilih yang kanan..
Yang kiri bagaikan jawapan..
Sudahnya buntu jadi permainan..
Ikutkan hati atau akal fikiran..
Aku mula keresahan..
Allah kujadikan sandaran..
Biar tenang membuat keputusan..
Akhirnya terhakis segala keraguan..
Bermulalah episod baru sebuah kehidupan..
Entah apa yang menanti di hadapan..
Harapnya dipermudah segala urusan..
Apa- apa pun ku berserah padaMu Tuhan..

Sekian, wallahualam...
SiPengayatSukaHati

**Ditulis dari hati harapnya terlekat di hati bukan untuk membuatmu terasa hati**

24042017

No comments:

Post a Comment