Monday, December 25, 2017

DIARI : 22. Genap 21 Tahun


25 DISEMBER 1996 - 25 DISEMBER 2017

Genaplah usia diri ini bernafas di bumi yang fana selama 21 tahun.

Apa yang berbeza tahun ini, setelah aku menganggur di rumah sebagai lepasan diploma yang tak bertauliah, akhirnya aku berjaya melangkah ke gerbang ilmu bergelar sebagai pelajar ijazah sarjana muda.

Tiada disangka sejak aku tamat belajar pada hujung tahun 2016 iaitu bulan November, terus sahaja aku dipanggil masuk untuk bekerja di sebuah pasar raya yang masih dalam proses pembukaan kedai. Itulah kali pertama aku bekerja. Aku dilantik sebagai juruwang. Dari situ aku mula terjebak dengan kisah dunia luar melibatkan pihak atasan, rakan sekerja, pelanggan dan terutamanya urusan jual beli dalam sesebuah perniagaan khususnya pakaian.

Dalam dua bulan bekerja, aku mengambil keputusan untuk berhenti. Bukan kerana saja- saja namun melibatkan masalah- masalah tertentu terutamanya masalah peribadi. Berat juga rasa di hati kerana niat aku andai sahaja diterima bekerja, aku nak berhenti sebelum masuk sambung belajar. Jadi sementara itu baik aku kumpul wang terlebih dahulu. Aku kalau boleh tak nak buat pinjaman pelajaran sebagaimana aku cuba bertahan sewaktu diploma. Tapi kini, aku terpaksa lepaskan prinsip aku. Terpaksa! Walaupun terasa berat di hati, namun setelah aku fikir baik- baik, itulah keputusannya. Lagipun aku belum mendaftar dan mengambil ujian MUET. Bila bekerja, susah untuk aku mencari peluang buat aktiviti lain.

Setelah aku berhenti bekerja, aku terjebak dengan berniaga secara online. Banyak manfaat daripada kumpulan Whatsapp yang dibuat oleh pihak HQ. Aku sekadar mencuba kerana ingin mencari pengalaman dan menambah pendapatan. Alhamdulillah, aku dapat juga terima order daripada para pelanggan melalui promosi yang dibuat secara maya. Namun aku hanya sekadar buat promoting gitu- gitu je kerana ada masalah yang tersendiri menyekatkan aku untuk berkecimpung dalam bisnes online. Antaranya disebabkan oleh masalah gajet smartphone, cara membuat pembayaran, bekalan internet, interaksi dengan pelanggan yang sedia ada dan bakal pelanggan serta banyak lagi. Paling utama, jika tiada sokongan, diri juga makin lemah untuk terus berusaha kerana bantuan yang diinginkan tiada diberi.

Sepanjang tempoh ‘rehat’ ini juga, aku mencuba untuk memasak walaupun menu yang ringkas sahaja. Kalau ikutkan, orang lain dah lama pandai memasak tapi aku ni bukan la tak pernah masuk dapur tapi lebih kepada menyediakan bahan- bahan masakan dan mengemas ruang dapur. Yang memasak tentulah umi. Setakat ini apa yang aku cuba buat, diterima baik dan disukai. Selalu dapat ‘thumbs up’. Berehhh bohhh! Tapi tak dinafikan ada juga waktunya yang sedikit terlebih. Sedikit terlebih masin, manis dan tawar tapi boleh tahan juga la rasanya. Lalalala..

Dalam bulan Februari dan Mac, aku menduduki ujian MUET. Kawan- kawan dari UiTM waktu itu sudah masuk sambung belajar di kampus baru melalui sistem penerapan UiTM. Senangnya aku ye kerana masih lagi dalam mode berehat. Selepas itu, aku turut mengisi permohonan UPU bagi kemasukan degree 2017/2018. Keputusan MUET belum keluar namun nasib baik la boleh teruskan permohonan. Bila sahaja aku mendapat tahu keputusan MUET, Alhamdulillah aku lulus. Aku harapkan mungkin dapat Band 3 je macam kawan- kawan yang lain namun rezeki aku waktu tu dapat Band 4. Syukur padaMu Ya Allah.

Keputusan panggilan temuduga UPU degree 2017/2018 diumumkan. Aku mendapat panggilan temuduga daripada pihak UPM namun bukan rezeki, aku tidak berjaya. Rayuan dibuat. Selebihnya aku cuma perlu berdoa dan berharap dalam waktu penantian. Sepanjang tempoh itu aku masih lagi membuat kerja- kerja pembungkusan makanan untuk pelajar sekolah tahfiz. Aku mengambil upah membantu perniagaan ahli keluarga.

Keputusan rayuan kali pertama diumumkan. Mungkin inilah takdir aku. Antara 4 pilihan rayuan, pilihan ketiga menjadi rezeki buatku. UE00- UUM. Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang untukku dalam terus menuntut ilmu.

Kaki melangkah ke tempat baru. Maka, bertemulah aku dengan wajah- wajah baru. Suasana baru. Segalanya baru. Di usia ini, aku menyambutnya di sini. Di UUM. Sebulan sebelum tiba masanya, teman sebilik sudah memberi hadiah. Overexcited sungguh dia ni! Awal sangat… Aku pun belum beli lagi hadiah untuk dia. Dia sama baya dengan aku. Bulan yang sama, tahun yang sama. Cuma tarikh dia 10hb, aku pula 25hb. Patutlah senang dibuat kawan. Hehehe.. Macam biasa, pastilah aku dapat ucapan ‘Selamat Hari Lahir, Nina’ daripada insan- insan kenalan dan kaum keluarga.

Sekian saja kisah dari gadis yang baru cukup umur nak ‘MENGUNDI’!


N.I.N.A

Friday, December 8, 2017