Langkah- langkah Mendaftar Maybank2u.Premium
Semua perkara yang dinyatakan adalah berdasarkan laman web Maybank yang saya buka untuk daftar.. Saya memilih untuk membuka akaun Maybank2u.Premier.. Minimum deposit adalah RM 500.00
⚠ Pesanan N.I.N.A : Untuk lebih details, anda boleh terus masuk laman web rasmi pihak Maybank sekaligus mendaftar di sana ye.. Di sini hanyalah panduan ringkas berdasarkan pengalaman terbaru saya menjadi sebahagian pendaftar online akaun Maybank..
⚠ Pesanan N.I.N.A : Sila peka dengan hari dan masa ye.. Sebabnya, seperti yang dimaklumkan, pendaftaran online yang ingin dibuat adalah mengikut waktu bekerja..
1. Masuk laman web Maybank2u.com
2. Klik Accounts & Banking
3. Klik Current Account
4. Pilih Maybank2u.Premier
4.1) Isi borang
a) Lengkapkan maklumat diri termasuklah pekerjaan dan lokasi cawangan Maybank yang dipilih.
b) Baca terma dan syarat-syarat serta nyatakan persetujuan
c) Hantar
4.2) Mendaftar untuk M2U setelah terima maklumat akaun yang dipohon
a) Perlu ambil gambar/ screenshot/ print screen atau print apabila terima maklumat akaun setelah permohonan diproses dengan serta- merta.
b) Tekan 'Maybank2u First Time Login'
⚠ Pesanan N.I.N.A : Untuk langkah keselamatan, sila tonton video yang telah disediakan oleh pihak Maybank ye.. Kat situ ada letak 'Security Tips Video'.. Selamat ber'banking'!
c) Isi 'Register Maybank2u'
i) Nombor yang diberi untuk mengakses Maybank2u buat pertama kali
ii) M2U PIN (diperoleh melalui SMS berdasarkan nombor telefon yang telah dinyatakan dalam permohonan)
iii) Baca terma dan syarat serta nyatakan persetujuan
iv) Tekan butang seterusnya, 'NEXT'
d) Lengkapkan profile
i) Username - pastikan mempunyai kedua-dua huruf dan angka
- perlu 6-16 aksara
- perlu 6-16 aksara
ii) Password - pastikan mempunyai kedua-dua huruf dan angka
- perlu melebihi 8 aksara
- perlu melebihi 8 aksara
iii) Confirm password - isikan semula password yang direka
ANDA BERJAYA! Selesai sudah mendaftar Maybank2u.Premier.. Alhamdulillah... Tapi masih ada langkah kedua dan ketiga tau!
BERSAMBUNG..
N.I.N.A
[24.08.2017]
[24.08.2017]
No comments:
Post a Comment