Wednesday, January 10, 2018

PUISI : 31. Semester Pertama (Catatan MekNina)

Sudah satu semester aku tempuhi..
Siapa sangka itulah suratan takdir.. 
Menjadi salah satu jalan hidupku..
Tersadai di bumi Sintok..
Bagi mencari ilmu bermanfaat..

Pertama kali aku ke sana..
Saat melihat suasana..
Aku jadi terfikir..
"Memang beginikah takdirku?"
Bukan aku pertikaikan..
Tapi aku bagai terngadah dalam kekaguman..
Waktu menengah rendah aku berada di puncak bukit Pengkalan Hulu..
Waktu diploma aku berada di persisiran pantai Dungun..
Kini, aku berada di kawasan bendang sawah di Sintok..
Kebanyakan hidupku begitu dekat dengan alam semula jadi..
Damai dan tenang sering dirasakan..
Malah tidak sesak dengan arus perbandaran..

Rakan pertama yang kukenali..
Tidak lain dan tidak bukan..
Tentulah teman sebilik..
Aku cuma berdua sahaja..
Inilah kali pertama sepanjang aku tinggal di asrama..
Jumlah orang ditempatkan di satu bilik hanya dua..
Biasanya lebih daripada tiga..
Salam perkenalan mula dihulurkan..
Maka terjalinlah satu perhubungan..
Kekok yang ada segera hilang..
Keserasian mula mengambil alih..

Minggu orientasi..
Minggu yang pastinya memenatkan..
Ke hulu ke hilir diketuai akak abang fasilitator..
Namun pelbagai kenangan dapat dikumpulkan..
Mungkin ada yang menyedihkan kerana baru berpisah dengan keluarga..
Ada yang mengagumkan kerana mampu menjejakkan kaki ke alam baru..
Ada yang menggembirakan dengan perkenalan baru..
Ada yang menghiburkan dengan segala aktiviti dan jenaka..
Ada yang masih bingung cuma menurut..
Ada yang tertekan dengan suasana serba asing..
Ada yang masih susah hati kerana bimbangkan episod baru sebagai mahasiswa..
Bermacam rasa ada..
Itulah kita makhluk istimewa..

Makin lama..
Aku semakin mengenali ramai orang..
Tidak hanya di kelas dan kuliah..
Malah melalui kelab dan persatuan..
Aku akui aku seorang yang kadang agak pendiam..
Namun aku lebih suka melibatkan aktiviti sosial..
Semalas manapun aku untuk menyertai apa- apa..
Tetap saja aku tertarik ke arah sesuatu persatuan..
Akhirnya aku jugalah yang terikat dengan tanggungjawab..
Aduhai.. Hahahaha XD

Banyak benda baru yang aku alami dan pelajari..
Tiap sesuatu itu berbeza daripada sebelumnya..
Mungkin ada yang sama tapi tidak serupa..
Itulah menjadikan aku masih dalam proses pengenalan..
Menyesuaikan dan mengadaptasi diri dengan segalanya..
Semester satu semester pertama yang agak mencabar namun menggembirakan..