Saturday, July 18, 2020

PUISI : 91. Harta Pusaka

Adik beradik bergaduh sesama sendiri..
Saudara mara bersengketa berhari- hari..
Semuanya kerana harta yang bakal diwarisi..

Kerana harta, binasa ahli keluarga..
Sanggup berbunuhan tanpa belas kasihan..
Tikam belakang ibarat bahan gurauan..
Fitnah memfitnah jadi sajian harian..

Tak boleh lebih, tak boleh kurang..
Kelak ada yang jadi mangsa amukan..

Harta pusaka..
Jadi warisan ahli keluarga..
Untuk diuruskan dengan sebaiknya..
Demi kelangsungan hidup yang sejahtera..
Sayangnya ada yang salah guna..
Ada juga yang tamak haloba..

Apabila harta jadi rebutan..
Maka, keluarga jadi taruhan..

            MekNina
#SiPengayatSukahati

Cetusan idea: Lakorn (Thai Drama) - Sapai Import


No comments:

Post a Comment