Thursday, May 3, 2018

PUISI : 52. Teguran Dia

Saat aku leka membuat kerja..
Tiba - tiba..
Aku mendapat pesanan..
Aku melihat nama pengirimnya..
Rupanya dari kenalan lama..

Pesanannya kubuka..
Lantas kuperhatikan bait- bait aksara..
Keningku berkerut..
Tanda aku terkejut..
Dan bingung untuk seketika..

Pesanannya kuhadam..
Rupanya dia membuat teguran..
Kerana aku ada membuat salah..
Di pandangannya..
Aku terlihat mula berubah..
Turut juga melanggar syariat..

Sebenarnya tidak..
Aku masih waras..
Masih lagi menjaga maruah..
Dan malu berbuat seperti itu..

Namun..
Aku terima tegurannya..
Meskipun dia salah faham..
Aku juga mengalah..
Kerana sedar aku yang mengundang fitnah..
Meskipun tiada niat di hati..
Dan tak menyangka ini yang terjadi..

Kerana tegurannya aku terima..
Aku perbetulkan apa yang terlihat salah..
Aku buang apa yang terlihat bercanggah..

Aku tidak marah..
Malah aku yang seharusnya bersyukur..
Punya kenalan yang mahu menegur..
Kerana tak mahu melihat aku tersungkur..
Pada jalan yang jauh dari rahmatNya..
Mungkin inilah teguran dari Allah..
Untuk aku waspada dalam setiap tingkah..

           MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPengayatSukaHati

04.05.2018