Sedarikah olehmu?
Saat saat dulu..
Saat kau ada berhampiranku..
Aku bagaikan khusyuk berbuat sesuatu..
Tertunduk-tunduk tanpa pedulikan sekelilingku..
Sebenarnya aku sengaja begitu..
Aku punya rasa yang begitu malu..
Ditambah pula debar di dada hebat terpalu..
Tak sanggup untukku bertentang mata denganmu..
Aku juga cuba menjaga pandanganku..
Meskipun hati berteriak ingin melihatmu..
Kerana itu ada saatnya aku mencuri pandang ke arahmu..
Cuma sekilas sahaja kerlinganku..
Tidak mahu tertangkap oleh pandanganmu..
Malah tanpa aku merasa jemu..
Dari jauh aku perhatikan gelagatmu..
Tapi aku tahu..
Hanya aku yang beria-ria hingga begitu..
Kau pula langsung tak pernah memandangku..
Apatah lagi menyedari kehadiran serta perasaanku..
MekNina
#SiPengayatSukaHati
10.07.2018