Maaf itu..
Semudah perkataan namun sepayah ungkapan..
Berat bagi memohon kemaafan..
Berat lagi untuk memberi kemaafan..
Dari usia yang masih kecil..
Kita diajar saling bermaafan..
Sedikit berselisih banyak pula bertelagah..
Andai dibiar, renggang makin bertambah..
Apa kata orang tua?
Mereka kata, "Salamlah dan minta maaf."
Bila diturut, selesai segala masalah..
Itu ketika masih kecil..
Sekarang?
Mungkin masih sama..
Kerana telah dilentur sebaiknya..
Hati juga cuba bertahan sebaiknya..
Mungkin jua tidak..
Kerana ego mencabar tuannya..
Hati pula tak mampu bertahan selamanya..
Apa yang pasti..
Bermaafan itu perbuatan mulia..
Manusia..
Dalam tidak sengaja mampu khilaf..
Andai mahu jaga hubungan sesama insan..
Mulakanlah dari sebuah kemaafan..
Buang yang keruh, ambil yang jernih..
MekNina
#SiPengayatSukaHati
25.08.2018