Sepasang kaki kemas mengatur langkah..
Menuju destinasi yang mahu diterjah..
Aku bersama teman-teman..
Engkau pula keseorangan..
Sekilas aku terpandang dirimu..
Kau juga terpandangkan aku..
Terus teralih arah pandanganku..
Kau juga berbuat sebegitu..
Namun..
Sesaat cukup menarik perhatianku..
Terkumat kamit gerakan bibirmu..
Bagai tak putus melafazkan sesuatu..
Dan aku seolah-olah tahu apakah lafaz itu..
Kalam Allah..
Itulah kalimah dibibirmu..
Di saat insan lain leka dengan urusan dunia..
Kau hiraukan saja..
Khusyuk menatap paparan dalam genggaman..
Hingga tak sedar kau sebenarnya telah diperhatikan..
Meskipun sesaat cuma..
Masa yang ada kau guna sebaiknya..
Kemudahan yang ada kau manfaatkannya..
Membuatkan aku terfikir sendiri..
"Sampai bila aku mahu begini?
Sering utamakan hal duniawi.
Urusan akhirat pula terbiar sepi."
MekNina
#SiPengayatSukaHati
23.09.2018
Bacalah.. Bacalah al Quran..
Memang membaca al Quran di khalayak umum itu adalah sesuatu yang biasa.. Namun, kerana ianya adalah sesuatu yang jarang diamalkan menjadikan ia sebagai luar dari kebiasaan.. Dan boleh jadi nampak luar biasa.. 😅
Bagus hamba Allah tu.. Mulanya MekNina teka je yang dia ni baca Quran kot.. Husnuzon kan.. Bila tengok mulut dok gerak-gerak.. Duduk sorang-sorang pula tu.. Nak kata nyanyi, air muka rileks je.. Tak de pula macam duk hiburkan diri.. Tapi macam tengah tenangkan hati.. Kali kedua lalu belakang dia, betullah sangkaan MekNina.. Ternampak macam tulisan ayat al Quran kat skrin telefon dia..
No comments:
Post a Comment