Tuesday, February 12, 2019

PUISI : 73. Jauhi Aku

Aku sedar..
Bukan tidak sedar..
Cuma tidak pasti..
Kerana dilanda ragu..

Aku sedar..
Di kejauhan kau mengintai diriku..
Cuma aku yang berbuat tak tahu..
Sekadar melirik melihat siapakah itu..
Entah mengapa..
Bagaikan mampu merasai kemunculanmu..
Yang tiba-tiba hadir di ruangan mataku..

Aku sedar..
Namun aku tidak memahami..
Apakah yang kau ingini..
Di sebalik semua ini..
Hingga akhirnya aku bertanya begini..
"Adakah diriku yang ingin dia dekati?"
Bukan aku perasan sendiri..
Namun tingkahmu bagaikan begitu..
Puas sudah tertanya-tanya di hati..
Sehingga gusar diri ini..

Aku sedar..
Melihatkan kelakuanmu..
Mungkin benar kata hatiku..
Diriku mahu kau dekati..
Jika iya..
Jauhilah aku..
Sesungguhnya masih belum terlambat..
Untuk dirimu berlalu dari diriku..

#MekNina
#SiPengayatSukaHati ❤

No comments:

Post a Comment