Tuesday, April 23, 2019

#CONTEST PUISI : 78. Drama Kehidupan

23.06.2019

Alhamdulillah..

Kali kedua dapat tempat pertama..

Pertandingan menulis puisi bertema bebas dan terpulang sama ada mahu menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris..

Wednesday, April 3, 2019

PUISI : 77. Dibelenggu Rindu


Andai saja waktu itu..

Aku punya keberanian yang luar biasa..
Sudah aku mendekatimu..
Dan mengungkapkan apa yang kurasa..

Namun malu begitu kuat membaluti diriku..
Hingga aku kaku melangkah ke arahmu..
Dan memaksakan aku terus membisu..
Menyembunyikan rahsia yang lama terpendam di hatiku..

Kini bila kau jauh dari aku..
Aku hanya mampu merinduimu..
Dan ternanti-nanti akan kehadiranmu..
Meskipun tertanya-tanya dibenakku..
Perlukah aku terus membiarkan rasa itu..

Rasa yang membelenggu..
Iaitu..
Rindu di jiwa..

              MekNina
#SiPengayatSukaHati

⚠️ Cetusan idea : Encik Mimpi - Rindu di Jiwa

Tuesday, April 2, 2019

PUISI : 76. Tetap Dirimu


Jangan ditanya tentang hatiku..

Apa yang sebenarnya diinginkan ia..
Kerana jawapannya..
Adalah kamu..
Dan tetap jua kamu..

Tidak aku sekadar menipu..
Walau sayangku tak terucap padamu..
Tidak aku sekadar menguji..
Walau kasihku tak henti-henti diuji..

Bahkan aku berharap..
Bukan cuma diriku..
Yang sentiasa ingin denganmu..
Malah engkau pun sama..
Cuma mahukan aku untukmu..
Dan selamanya tetap aku..

             MekNina
#SiPengayatSukaHati  

⚠️ Cetusan idea : Amylea X Megat - Tetap Kamu