Sunday, March 29, 2020

PUISI: 82. Datang Kembali

Sesak dadaku dilanda sebak..
Kerana rindu yang datang mengasak..

Aku kira kau telah aku lupa..
Lupa untuk selamanya..
Rupa- rupanya itu hanyalah dusta..
Aku masih tidak mampu..
Untuk melupakan segala- galanya tentangmu..

Kenapa?
Kenapa kembali?
Bayangmu kembali datang mengekori..
Sedangkan telah berkali- kali..
Aku cuba mengusir bayanganmu pergi..

Untuk apa?
Untuk apa aku kembali merindui?
Pada dirimu yang entah di mana..
Pada dirimu yang entah bersama siapa..
Pada dirimu yang tak pernah tahu rasa ini..
Pada dirimu yang tak pernah peduli kehadiran diri ini..

Andai saja kau turut merasai..
Segala perasaan yang telah aku lalui..

           MekNina
#SiPengayatSukahati

29.03.2020
⚠️ Asheghaneh