Setelah setahun berlalu..
Syawal kembali dirai..
Tanda kemenangan..
Sesudah Ramadan sebulan dilalui..
Syawal dirai..
Namun yang pasti..
Suasananya tak seperti sebelum ini..
Tahun ini..
Tak terjangkau dek fikiran..
Wabak datang menggegarkan dunia..
Membataskan segala perlakuan manusia..
Norma kehidupan juga sudah tidak seperti biasa..
Kerana jika tak diendah sewenangnya kita menjadi mangsa..
Meskipun begitu..
Syawal tetap dirai..
Suasana aidilfitri tetap menyinari sanubari..
Walau sederhana tidak mengapa..
Raya tetap raya..
Yang penting kita jaga kita..
MekNina
#SiPengayatSukahati
31 MEI 2020
PENGUCAPAN PUISI LEBARAN 2020
ANJURAN: GABUNGAN PENULIS MUDA NEGERI KELANTAN (GEMA)