Saturday, June 20, 2020

#PUISI : 86. Ancaman Covid 19

Malang tak berbau..
Bahaya tak diundang..
Ancaman tak terduga..

Dalam tak nampak..
Dia merebak..
Dalam tak terlihat..
Dia merayap..

Sungguh sadis sekali..
Kerananya ramai terancam..
Kerananya ramai kesempitan..
Kerananya ramai kehilangan..
Kerananya ramai kegusaran..

Covid 19 gelarannya..
Sejenis virus yang mengancam nyawa..
Tidak terhapus sekelip mata..
Bahayanya mampu menakluki dunia..
Jika dipandang enteng terimalah padahnya..
Menjadi mangsa bila- bila masa..

Langkah berjaga demi keluarga..
Peraturan dilaksana demi bangsa..
Kawalan pergerakan demi negara..
Kita jaga kita jadi slogan semua..

Cukuplah wahai Covid 19..
Cukuplah menyakiti kami tanpa belas..
Semoga semuanya kembali pulih..
Aman sejahtera tanpa gejala...
Pinta hamba yang kerdil pada Yang Maha Berkuasa..

Husnina Zuraidi
16/06/2020
3.22 am

DEKLAMASI SAJAK SANTAI (DE- SANTAI)
ANJURAN: PERSATUAN KOMUNIKASI (PERKOM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
20 JUN 2020

#PUISI: 85. Temanku SAFI

Wahai SAFI..
Dari sekolah engkau menemani..
Hinggalah aku ke alam universiti..
Tetap bersama tak pernah terpisah lagi..

Wahai SAFI..
Hampir sepuluh tahun engkau di sisi..
Datang yang lain cuba jadi pengganti..
Namun engkau tetap di hati..

Wahai SAFI..
Thanks for being my buddy..

MekNina
#SiPengayatSukahati

Ditulis khas buat produk penjagaan kulit dan wajah Safi sempena contest video #RayaSamaSamaSafi

#Raya2020
#CoveidRaya