Mungkin kerana tak pernah hilang dari ingatan..
Engkau hadir dalam mimpi jadi peneman..
Lena tidurku biarpun berulitkan igauan..
Kerana kemunculanmu itu ibarat pengubat kerinduan..
Di saat terjaga..
Aku tersenyum bahagia..
Biarpun sekadar mimpi..
Sudah cukup membuatkan aku senang hati..
Tapi aku mengerti..
Ia hanyalah sekadar mimpi..
Segala yang berlaku terhapus tanpa bukti..
Hanya aku yang mengingati..
Tanpa sesiapa yang menjadi saksi..
Cukuplah Dia satu-satunya jadi saksi..
Kerana Dia Yang Maha Mengetahui..
Di kala aku cuma bermimpi..
Terselit jua harapan agar ia menjadi realiti..
Walaupun aku tahu pastinya jauh panggang dari api..
MekNina
#SiPengayatSukahati
✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨