Sakit dibenci oleh insan yang kukira rapat..
Tapi berjarak, tak mampu untukku mendekat..
Setiap tingkahku..
Sering dikritik dan dicemuhi...
Sakitnya aku, bertahan sejak dulu lagi..
Menggigil badanku..
Menahan getaran kesakitan..
Bukan di badan, tapi di emosi dan hati yang terdalam..
Aku tahu aku bukan yang diingini..
Tak pernah dikasihi apatah lagi disayangi..
Hanya didekati demi kepentingan sendiri..
Bukan dari hati yang penuh rasa cinta dan peduli..
Apa yang aku mahu diprotes dan diabai sekerasnya..
Tanpa memikirkan perasaan ini..
Apa yang dia mahu jangan diprotes sesekali..
Kelak merana mendengar ulahan mulutnya yang enak mencaci..
Hampir gila aku jadinya..
Aku dibandingkan tanpa aku sedar apa kurangnya aku..
Aku dibiarkan tanpa kehadirannya di setiap kesusahanku..
Aku diabaikan tanpa belaiannya di setiap kesakitanku..
Aku dikecewakan tanpa pelukannya di setiap kejayaanku..
Di saat jiwaku hampir mati..
Hanya tangisan yang menemani..
Di ruang ini aku bersendiri..
Jauh dari wajah dan suara yang menyakiti..
Biarlah aku begini..
Mengubat luka seorang diri..
Mencari ketenangan dengan cara tersendiri..
Tak mahu bertentang mata dengan yang lain..
Kerana sukar untukku berinteraksi..
Tatkala senyuman kaku, tiada rasa manisnya..
Jiwa pula masih memberontak dan beremosi..
Silap percaturan, bunuh diri jadi pilihan..
Demi menghapuskan kesakitan yang tak pernah menghilang..
Nauzubillahiminzaalik!
Ingatlah Dia Yang Satu!!!
Mungkin tiada bahagia untukku dalam kehidupan ini..
Dulu dan kini..
Kesakitan ini aku tanggung sendiri..
MekNina
#SiPengayatSukahati
29.09.2020
Minggg