Monday, November 23, 2020

PUISI : 106. Didatangi Penyakit

Penyakit itu bermacam jenis..
Datangnya dari pelbagai punca..
Kesannya bermacam rupa..

Perubahan fizikal hanya diri yang menyedari..
Kesakitan dalaman hanya diri yang merasai..

Siapa sahaja yang meminta penyakit..
Sedangkan elok sihat itu satu nikmat..

Siapa sahaja yang sanggup terlantar lesu..
Sedangkan hakikatnya bermacam hal ingin dilaksana..

Siapa sahaja yang ingin menelan bermacam pil..
Sedangkan banyak lagi makanan lazat ingin dijamu..

Siapa sahaja ingin dicucuk sana sini..

Siapa sahaja ingin kelihatan lemah..

Buat semua yang diuji..
Semoga sembuh dan pulih kembali..
Tabahlah dan kuatkan semangat diri..
Semoga ada sinar harapan untukmu nanti..

           MekNina
#SiPengayatSukahati

23.11.2020


Wednesday, November 18, 2020

PUISI : 105. Tiba Masanya

Tiba masanya untuk melepaskan..
Bukan bermakna terus menghilang..
Tetap ada biarpun berselindung di belakang..

Sudah masanya ada pengganti..
Menjadi penyambung sebuah legasi..
Terima kasih untuk segala memori..
Semoga segalanya dipermudahkan Ilahi..

          MekNina
#SiPengayatSukahati

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PSSCMUUM KALI KE-35
ANJURAN: PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
17 NOV 2020


Thursday, November 12, 2020

PUISI : 104. Lingkaran Trauma

Peristiwa hitam yang pernah dilalui....
Meninggalkan kudis yang berparut di hati..

Sakit untuk dikenang..
Perit untuk diulang tayang..

Dulu tangisan jadi luahan..
Kini air mata jadi kebencian..

Keras sudah hati membeku..
Dicair kembali adakah mampu..

Lekuk senyuman kian menghilang..
Yang ada pandangan tajam menikam..

Hadirnya seseorang menjadi pendamping..
Kerana bersebab mereka terikat..

Siapa tahu si beku mula mencair..
Dek terkena kehangatan haba si pendamping..

Siapa tahu hati kerasnya dah melembut..
Tetapi dilema menggunung kerana trauma masih membusut..

Pergilah trauma..
Usah melingkari dirinya lagi..
Biarkan dia tersenyum kembali..
Hidup harmoni bersama kesayangan hati..

            MekNina
#SiPengayatSukahati

12.11.2020
06:38 PTG

⚠️ Cetusan idea : Turkish Drama - Emanet aka Legacy #SehYam