Jangan lepaskan!
Genggam,
Jangan leraikan!
Ikat,
Jangan putuskan!
Biarkan tangan kita bertaut kemas..
Tetap erat dan utuh bersatu padu..
Walau jalan yang ditelusuri penuh liku..
Sama- sama bertahan meskipun banyak rintangan..
Setiap saat, minit dan jam yang berdetik..
Ada sahaja yang cuba mengusik..
Kalau tercuit, pasti termelatah..
Bimbang tak terkawal lalu timbul masalah..
Sekiranya,
Hampir terburai sebuah tali ikatan..
Segera ketatkan sebelum terlerai..
Sekiranya,
Ada kekusutan pada utas talinya..
Betulkan punca sebelum kusut sepenuhnya..
MekNina
#SiPengayatSukahati
25.12.2020
✍️ Cetusan idea : Turkish Drama - Elimi Bırakma
No comments:
Post a Comment