Monday, May 24, 2021

#PUISI : 123. Darah Pejuang


Bumbung langit menjadi saksi
Lantai tanah menampung bukti
Kekejaman puak Israel di tanah Palestin

Titisan darah yang mengalir sepi
Sekelip mata nyawa diragut sesuka hati
Tangisan dan rayuan tak pernah dipeduli
Syahidlah para pejuang di tanah sendiri

Sunggguh aku mengagumi rakyat Palestin
Tak pernah gentar mendepani ancaman
Tetap berjuang walau tidak bersenjata
Kerana perjuangan mereka demi Yang Maha Esa
Doa dan tawakal hanyalah kepadaNya

Walau ditindas, mereka tidak mudah tewas
Semangat pejuang tak pernah hilang
Meski darah mengalir bercampur keringat
Mereka tetap kuatkan semangat

#MekNina
#SiPengayatSukaHati
#PuisiBuatPalestine
#PemuisiNasional
#SavePalestine

24.05.2021

PUISI BUAT PALESTINE
ANJURAN: PERSATUAN PEMUISI NASIONAL MALAYSIA
TEMA: KEMANUSIAAN SEJAGAT
TARIKH: 17 - 24 MEI 2021