Friday, December 31, 2021

3. ANTOLOGI PUISI - MUNAJAT UNTUK PALESTIN

PENYELENGGARA:
Amiruddin Ali
Mohd Rosli Bakir

SINOPSIS:
Munajat Untuk Palestin, sebuah antologi yang mencatat sejarah puisi tanah air dengan puisi-puisi yang terhasil daripada pelbagai kelompok penulis. Antologi menampilkan puisi lebih 16 pemimpin persatuan atau penubuhan penulis Malaysia, ahli politik dan para penulis yang telah memenangi pelbagai anugerah sastera di tanah air; di samping bakat baru dalam dunia penulisan di negara ini. 

2. ANTOLOGI PUISI - SEJARAH MALAYSIA

Penyelenggara: Nursyafiqah Roslan

SINOPSIS:
Sejarah Malaysia merupakan sebuah antologi puisi yang dihasilkan sebagai medium untuk menghayati dan memperingati sejarah tanah air Malaysia termasuklah sejarah tempat, peristiwa-peristiwa bersejarah, tarikh-tarikh penting dan tokoh-tokoh kemerdekaan. Antologi puisi ini menghimpunkan sebanyak 102 buah puisi nukilan 53 orang penulis seluruh Malaysia.

1. ANTOLOGI SAJAK AKROSTIK - PRASASTI

Penyelenggara: Tabir Alam

Merupakan himpunan 111 buah sajak akrostik daripada 37 orang pemuisi.