Thursday, April 27, 2017

PUISI: 7. Bagaikan Mawar

Nina Z














Indah..
Indah sekali rupamu..
Dipandang berkali tiada jemu..
Bagai kelopak mawar itu..
Punya aura memikat hatiku..

Tenang..
Tenang sungguh jiwaku..
Hanya kerana menatapmu..
Kau bagai penawar buatku..
Yang kusut mulai berlalu..
Adanya dirimu terapi buatku..
Kaulah mawar penyeri hidupku..

Harum..
Harum sekali baumu..
Dalam kesesakan pelbagai bau..
Ku cuba cari apa yang kuhidu..
Rupanya datang dari kamu..
Diriku bagai ketagihan wangianmu
Hingga kini melekat di deriaku..

Bisa..
Bisa sungguh dirimu..
Tak pernah terbayang olehku..
Kau mampu jadi sebegitu..
Pertahankan diri bila dikhianati..
Kukuhnya benteng sukar dicerobohi..
Kau makin kukagumi..
Dalam kelembutan ada ketegasan diri..
Tak mampu kunafikan lagi..
Kau bagaikan mawar berduri..

Inginku memetikmu di laman itu..
Dan jadikan kau penyeri lamanku..
Lalu akulah penjagamu..
Hanya aku yang mampu..
Menatap rupamu..
Meresap ketenanganmu..
Mencium baumu..
Melindung dirimu..

Kaulah mawar..
Mekar kembang dihatiku..


          MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati


27042017

Wednesday, April 26, 2017

PUISI: 6. Dunia Teknologi


Nina Z












Perhatikan..
Lihatlah olehmu..
Dunia keliling pada hari ini..
Sedarkah kamu?
Sudah jelas lagikan nyata..
Bahawa dunia kita makin sesak..
Sesak dengan kecanggihan teknologi..
Trafik kemajuan makin sibuk nampaknya..

Lihatlah..
Gajet- gajet mulai menimbun..
Teknologi pula makin canggih..
Dari kreativiti jadi inovasi..
Yang tradisional berubah moden..
Nampaknya transformasi pasti sahaja ada..

Dari segenap generasi..
Tak terlepas memiliki..
Sekurang- sekurangnya satu..
Yang dipanggil alat telekomunikasi..
Adalah tidak pelik sama sekali..
Dalam era globalisasi kini..
Jika ternyata..
Sudah ramai yang celik IT..

Perasan tak?
Ilmu makin senang dicari gali..
Umpama segalanya ada di hujung jari..
Jika tak kau ketahui..
Boleh bertanya itu dan ini..
Pada 'Pak Cik Google' nama diberi..
Lalu terjawablah dalam pelbagai versi..
Tapi jangan percaya secara membuta tuli..
Terkadang sahihnya tetap diragui..

Perasan tak?
Komunikasi makin bebas..
Sudah tiada istilah terbatas..
Jarak memang jadi halangan..
Namun bukan pemutus hubungan..
Kau di sini dia di sana..
Walau jauh dihujung dunia..
Tak mustahil untuk bersemuka..
Apatah cuma mendengar suara..
Hanyutlah dalam dunia maya..
Mulakan interaksi dua hala..

Perasan tak?
Aplikasi turut dicipta..
Pelbagai bentuk dan rupa..
Diilhamkan dari fungsi berbeza..
Menyenangkan banyak kerja..
Hanya perlu dimuat turun saja..
Lalu diguna ikut kemahuan pengguna..
Tak terkira pada bila-bila masa..
Mudahkan ia?
Jangan pula kau buat binasa..
Dengan menyalahgunakannya..

Perasan tak?
Pada yang mahu menjana pendapatan..
Cuma perlu bijak mencari jalan..
Bagi merebut peluang keemasan..
Untuk mengaut keuntungan..
Andai bergelar usahawan..
Atau terlibat dalam perniagaan..
Jika berkonsepkan jualan 'online'..
Adalah satu kemestian..
Media sosial dijadikan medan..
Sana sini buat pengiklanan..
Untuk menarik ramai pelanggan..

Perasan tak?
Timbul pula kisah 'viral'..
Berkait rapat publisiti tempatan..
Apabila kisahmu jadi sebaran..
Kau mula dapat perhatian..
Sampai dijadikan gosip murahan..
Pada 'likers' kaulah kebanggaan!
Pada 'haters' kaulah kecaman!
Tergeleng- gelengku dibuatnya..
Ada saja bermacam ragam..
Hingga tercetusnya pergaduhan..
'Keyboard warriors' saling berhujahan..
Panas bagai beraksi di dewan perdebatan..
Gagah memberi kenyataan..
Sedangkan spekulasi jadi bidasan..
Namun adatlah bergelar insan..
Baik perlakuanmu jadi pujian..
Buruk tingkahmu dapat teguran..

Dunia teknologi..
Akulah penghuninya..
Pelbagai corak kehidupan aku dapat saksikan..
Baik dari aspek kekurangan mahupun kelebihan..
Tapi tak semua dapat dipentaskan..
Dalam drama kupasan bisuku ini..
Cukuplah sekadar kukatakan..
Aku terima takdir hidupku..
Sebagai warga zaman moden..


          MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati


26042017

Tuesday, April 25, 2017

DISKUSI: 2. Hati Mudah Terguris?

Hurt!
Deep!
Touched!

Tiap baris perkataan itu membawa makna hati telah tersentuh. Sentuhan yang mungkin menghiris perasaan takpun menyentak jiwa insan. Bila menyentuh soal insan, memang tak dinafikan itulah makhluk yang punya hati dan perasaan. Bukan setakat jiwa dan raga, bakul- bakul dengan segala mak nenek kabinet tu semua termasuk tau... (jangan dicari lawak yang tak sampai.. perbincangan serius kan ni..)

"Siapa makhluk bernama insan tu?"

Of course lah kau, aku dan kita. Jika anda sedar anda adalah seorang insan, maka ucaplah Alhamdulillah. Bersyukur kerana kita adalah sebaik- baik makhluk yang diciptakan untuk menjadi khalifah di planet Bumi ini bahkan dikurniakan akal fikiran selain jiwa dan nafsu. Erm, kalau ada yang tak sedar dia tu siapa, tak tahulah apa nak dikata... Speechless!

Hati dan perasaan.. Tentunya melibatkan emosi. Kadang- kala sukar kita nak kawal emosi ni. Sebab apa? Sebabnya emosi ni ada turun naik dia mengikut keadaan tertentu. Macam kita main roller coaster tu la. Naik, turun, naik, turun, sekejap kepala ada di atas, sekejap bertukar duk bawah sampai berpusing- pusing dunia dah rasanya.

Kalau mood sememangnya ok, orang sekeliling pon ok, ditambah pula cuaca ok, Insha Allah hati dan perasaan ok. Kalau semuanya huru- hara, memang sipi- sipi 100 peratus hati dan perasaan jadi kacau- bila. Pengaruh rakan sebaya ke apa ni? Tak la, tapi itulah lumrah kehidupan. Saling bergantung antara satu sama lain.

Jom masuk ke segmen utama, iaitu soal hati mudah terguris. Bila sikit- sikit mata berkaca... sikit- sikit hingus meleleh... sikit- sikit bad mood, mula la kena perli. Ni nak bagi contoh macam korang (saya sekali ek?) la yang selalu cakap:

"Kau ni anak manja sungguh la!"
"Kau ni mudah touching la weyh!"
"Jangan nak jadi hati tisu sangat la ek!"
"Memang jenis sentap ke apa? Cakap sikit, mula la nak terasa."

Hurmmm... Memang lagi sedih la hati bila telinga dah pedih dengar ayat- ayat gitu tu. Kalau nak gurau- gurau tak ambil hati sangat, tapi yang tak boleh diterima bila mata sendiri tengok mulut yang mengata tu tercebik- cebik senget kiri kanan keluarkan ayat. Lagi terguris. Sebelum tu mesti dah kena ayat- ayat power yang menyentak perasaan.

Mana mungkin seseorang itu nak terasa tanpa apa- apa sebab melainkan kalau ada perlakuan atau perkataan yang mengguris hati. Yang jenis takde angin takde ribut tiba- tiba nak hujan tu rasanya memang jenis mengada kot. Takpun nak ambil perhatian mungkin. Yang tadi tu pulak, bila dah buat orang terasa, dikutuk pula si kawan tu. Nampak sangat dia yang takde perasaan! Eh, bukan takde tapi jenis beku plus dingin.

Jangan asyik menganggap orang yang mudah terasa tu manja. Betul memang betul tapi bukan semuanya. Bagaimana jika yang sebenarnya segala perlakuan dan pertuturan kita yang langsung tak bertapis sehingga mengguris emosi seseorang? Seperti diibaratkan oleh perumpaan lidah itu tajam umpama pedang, sebabnya mampu menghiris sekeping hati hingga terluka. Luka yang tak berdarah. Tapi sakitnya lebih parah!

Saya akui saya juga cepat terasa. Kantoi! "Sensitifkah diri ini?", monologku sendirian.
Tapi selagi kita mampu bertahan bila hati terluka tu, tahanlah. Sampai bila? Sampai benteng pertahanan itu roboh dan kau pon mula meletup. Boom! Boom! Uish.. Jangan begitu ye. Ingatlah Allah. Ingatlah kekasih Allah. Masa Rasulullah hidup dulu pon, lagi berkali ganda teruk cacian dan kata- kata nista yang baginda terima. Namun, baginda siap berdoa lagi untuk orang yang menghina baginda. Doa yang baik- baik pulak tu. Bukan macam diri kita ni, maksud saya, saya je.. Bila dah geram, takde maknanya nak buat baik kat orang tu. 'What you give, you get back' la kononnya. Astagfirullahalaziim...

Awak! Nak menangis, menangis la.. Luahkan kepedihan di hati tu. Bukankah hati kita jenis mudah terguris? Nangis la jawabnya! Dah habis drama air mata, bertukar la pula ke siaran lawak komedi pula ye. Takkan 24 jam asyik menangis. Kalau hujan pon boleh surut. Inikan pula air mata. Hukaloh!

Duhai hati..
Mudah sungguh kau dilukai..
Sekali disakiti..
Mampu bertahan lagi..
Berkali- kali dizalimi..
Sakit sungguh tak terperi..
Hancurnya sekeping hati..
Tak mampu bercantum kembali..
Biarpun kemaafan sudah diberi..
Lukanya masih dirasai..
Asal jangan diungkit kembali..
Apatah lagi diulang lagi..
Akan kelukaan yang pernah kau beri..

Sekian, wallahualam..
SiPengayatSukaHati

**Ditulis dari hati harapnya terlekat di hati bukan untuk membuatmu terasa hati**

25042017

DISKUSI: 1. Antara 2 Pilihan?

Ya atau tidak?
Betul atau salah?
Nak atau tak?
Lebih atau kurang?
Ini atau itu?
Begini atau begitu?
Sini atau sana?
Saya atau dia?

Haaa.. Banyak kalau nak disenaraikan. Itulah kan, dalam hidup kita ni sebenarnya tak pernah lari dihadapkan dengan banyak pilihan. Sampai pening jadinya. Hipotesisnya, lagi banyak pilihan, lagi bingung fikiran.

Macam mana ye kita nak hadap pilihan- pilihan tu semua? Nak buat pilihan yang betul- betul terbaik ni bukan senang tau. Tersilap pilih, menyesal tak sudah. Kalau jenis redha tak mengapa. Kata orang, "Just follow the flow." Senang la kalau gitu. Paling- paling common pon, "Redha je la. Wat lek wat pis!" Kalau yang jenis mudah melatah ke putus semangat memang mulalah nak kata, "Weyh, kalau aku tahu jadi gini memang tak la aku pilih dari awal." Takpun dikeluhnya, "Apesal la nasib aku asyik malang je ni? Susah la camni!" Sadis sungguh!

Siapa yang nak kan kecundang di hari kemudian. Kalau boleh, hidup ni nak biar smooth je. Datang la dugaan sekalipun, pilihan nak atasi dugaan tu semua harap- harap yang best jer. Kita pilih ceni (macam ni) ok, kita pilih centu (macam tu) pon ok! Hailah, senang betul!

Tapi paling utama ingatlah, semua yang kita pilih bersandarkan DIA. Siapa 'dia' tu? Dialah yang Maha Menentukan. Bukankah kita ni cumalah insan yang tahu merancang sedangkan Dia pula sebaik- baik perancang. Kun fayakun. Dia kata jadi, maka jadilah. Kalau kita? Mula- mula je kecoh "Haaa, jadi.. Jadi! Aku konfem memang jadi." Nada tegas kemain. Lastly, datang dengan lenggang lenggok dia, buat muka tak bersalah terus cakap lembut, "Sorry la weyh, tak jadi pulak. Biasalah, kita hanya merancang." Ada yang camni tak? Kalau kata takde saya rasa memang konfem menipu. Sebabnya tak mungkin apa yang dirancang itulah yang terjadi. Even takde dalam planning list pon entah dari mana tetiba muncul. Saya sendiri pernah guna dialog kat atas tu tau. Cuma lagi lemah lembut kot... Bukan nak membodek (tak pandai la nak bodek orang.. huhu) tapi serba salah mungkin. 
Sebab tu la, dalam kita nak buat pilihan tu kita kena merancang. Kalau tak rangka apa- apa rancangan, strategi atau point yang berkaitan, memang tak nampak langsung pilihan. Senang kata macam takde arah tujuan. Huish, dah lost ke apa? Nauzubillah...

Boleh jadi jugak kita buat win- win solution. Apabila bermain dengan penyelesaian masalah ni, yang utama kita perlu tekankan ialah baik dan buruk atau kelebihan dan kekurangan berkaitan pilihan tersebut. Contoh la kan, tetiba ditembak soalan macam ni, "Antara saya atau dia, mana SATU yang awak pilih?" Aippp, soalan ni mencabar sungguh la! Nampak macam peluru terbang menuju sasaran dah tu. Akukah yang jadi sasaran itu?! Uish, imaginasi tak sah tak melampau. Kang tak dipilih yang disini, terus ditembak kaw- kaw. Kalau belasah- belasah manja boleh tahan lagi. Pastu kalau tak pilih disana pulak, kang ada yang datang buat serangan hendap. Dah jadi perang dunia antara aku dan dia ke berapa entah.

Kalau korang alami situasi macam gini, macam mana ek? Jujur saya katakan, saya buntu ni. Buntu sebab tak pernah alami kot. Kalau pilih orang sebab nak buat kerja secara berkumpulan tu pernah la. Kalau macam kisah- kisah segi tiga tak berapa nak bersegi ni belum lagi. Tapi takpe, izinkan saya untuk berimaginasi ye.

Kalau saya yang ditanya, mungkin saya akan minta masa dulu jika saya tengah keliru. Bukan apa, untuk fikir secara rasional sebelum buat apa- apa keputusan. Tak nak terus pilih dalam keadaan terburu. Emosi pon kena jaga. Bukan saya yang ditanya saja, dia yang bertanya pon sama. Saya (khususnya) kena bertenang dulu dan mintak 'si dia' yang dah berapi dengan soalan berkait antara dua pilihan tu bawak bertenang jugak. Bincang dengan elok- elok. Tak nak la gaduh- gaduh sampai cakap pon main lepas je. Biarlah macam pepatah, bagai menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung pon tak berselerak. Kaitan ek? Tapi jangan pulak time ni mula la nak cakap baik- baik sebab tak nak jadi macam pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Alahai, nak pilih dua- dua punya pasal. Lainlah kalau kedua- duanya memang orang penting serta melibatkan hal penting, bukannya pakwe makwe tu semua. Lepas minta masa tu, guna kesempatan untuk fikir baik- baik. Bukan secara luaran dan untuk kepentingan diri semata, tapi secara menyeluruh melibatkan luaran serta dalaman di samping untuk kebaikan semua.

Kalau masih ragu- ragu, jangan segan nak minta pendapat orang lain. Tak semestinya yang kita rasa betul tu sebenarnya betul. Mungkin dengan bertanya orang terdekat seperti mak ayah ke adik beradik takpun sahabat, pandangan kita jadi lebih meluas lagi. Kadang- kadang bila jiwa kacau ni, fikiran pon jadi sempit. Bukan setakat dapat berbincang, malah kita pon dapat luahkan tekanan. Takde la asyik- asyik, "Haih, betul ke tidak apa yang aku buat ni? Takleh ke tak buat pilihan langsung." Bimbang pula, lama- lama jadi tekanan. Tak dapat jawapan yang bagus pon sekurang- kurangnya mungkin terlekat jugak nasihat sepatah dua. Lagi molek, kalau rujuk pada yang pakar. Itu kalau dah teruk sangat. Tapi ok apa! Lagi banyak ilmu dapat dikongsi.

Yang tak bestnya bila dah yakin tapi tiba- tiba datang penyakit pula. Penyakit was- was.. Hukaloh! Inilah punca kepada jalan yang utama sebenarnya. Apedia? Haaa, tak ingat ke pasal doa? Sebenarnya, kita yang sedang mencari jawapan ni la sememangnya memerlukan petunjuk. Apatah lagi petunjuk itu untuk menuju kebenaran. Malah, tindakan yang kita nak buat tu diharapkan dapat keredhaan pada keseluruhannya. Bukan memilih antara "saya atau dia" semata tapi memilih antara yang hak dan batil juga. Mohonlah dari Ilahi, agar didorong untuk membuat pilihan yang terbaik serta dipermudahkan dalam membuat keputusan. Andai saja ada kekhilafan diakhirnya, moga tiada kemarahan atau penyesalan yang menggugatkan keimanan.

Pilihan.. sesungguhnya berkait dengan istikarah. Insan yang lemah seperti kita hendaklah sembah sujud padaNya sentiasa. Adalah lagi mulia jika kita jatuhkan lutut beserta dahi dipermukaan tanah adalah untuk solat, termasuklah solat istikarah. Jangan sombong! Jangan angkuh untuk memohon kekuatan dan pertolongan dari Allah. Kerana di akhirnya, Dialah menjadi arah tuju kita.

Pilihan..
Ada dalam kedua tangan..
Mahu kupilih yang kanan..
Yang kiri bagaikan jawapan..
Sudahnya buntu jadi permainan..
Ikutkan hati atau akal fikiran..
Aku mula keresahan..
Allah kujadikan sandaran..
Biar tenang membuat keputusan..
Akhirnya terhakis segala keraguan..
Bermulalah episod baru sebuah kehidupan..
Entah apa yang menanti di hadapan..
Harapnya dipermudah segala urusan..
Apa- apa pun ku berserah padaMu Tuhan..

Sekian, wallahualam...
SiPengayatSukaHati

**Ditulis dari hati harapnya terlekat di hati bukan untuk membuatmu terasa hati**

24042017