Wednesday, June 28, 2017
PUISI: 10. Menungan Jauhmu
Tatkala itu..
Aku terpandang wajahmu..
Lantas..
Ku sedar akan satu hal..
Parasmu tampak indah..
Namun..
Kau bagai dalam bingung..
Aku mulai leka..
Menilik dalam diam..
Cuba untuk meneka..
Yang tersirat di rautmu..
Yang berselirat di mindamu..
Sungguh jauh!
Jauh kau meneroka..
Menungan yang sukar diduga..
Sampai kewujudanku tiada dirasa..
Seditik..
Dua detik..
Tiga detik..
Masih jua kau begitu..
Berkerut dalam kaku..
Lurus memandang dalam tajam..
Namun seolah jasadmu disitu..
Mindamu entah ke mana kau lontarkan..
Aduhai, beratkah bebanan fikiranmu?
Ingin saja ku mengusik..
Menarikmu ke alam realiti..
Agar kau sedar...
Biar terlerai segala kusutan..
Yang menjadi menungan jauhmu..
Andai sudi bercerita..
Kongsikanlah!
Andai mahu meluahkan..
Curahkanlah!
Aku sudi saja..
Walau sekali terjumpa..
Mungkin kita boleh mulakan bicara..
Andai diizinkan Dia..
Kau dan aku terus bersua..
Jadi sahabat untuk selamanya..
MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati
28062017
Saturday, June 24, 2017
DISKUSI: 3. Penggemar 'Bahan Kimia'?
Indah
parasnya sopan tingkahnya,
Sekali
kupandang jadi tertarik;
Diskusiku
ini tentang penggemar ‘bahan kimia’,
Bahan
utama buatan alat solek.
Saya tertarik untuk berdiskusi mengenai
sesuatu perkara yang amat berkait rapat dengan bahan kimia. Memang tak
dinafikan kebanyakan barang, peralatan atau produk adalah diperbuat daripada
bahan kimia. Tapi yang ingin saya persoalkan adalah mengenai alat solek. Jeng..
jeng.. jeng..
Umumnya tahu bahawa alat solek itu tak lain
tak bukan mengandungi bahan kimia yang agak tinggi. Walaupun ada juga diperbuat
daripada bahan semulajadi yang lebih mesra pengguna dan selamat, namun itu
hanyalah sebahagian kecil bahkan masih mempunyai jenis- jenis bahan kimia yang
tertentu. Sudah bermacam- macam berita tular akan bahayanya produk- produk
kecantikan pada diri dan wajah. Bahkan, yang lebih parah adalah sehingga
mengakibatkan maut.
Rata- rata kaum wanita sememangnya gemar
bersolek. Siapa yang tak suka, kan? Hasil solekan yang cantik dan menarik
pastinya menimbulkan rasa puas dalam diri dan dapat memberi keyakinan yang
lebih tinggi untuk berdepan individu lain. Yang melihat pon jadi tertarik dan
tak nak lepas pandang. Siapa tu? Sayalah!
Saya bukan ingin menentang golongan yang
suka bersolek. Oh, pastinya tidak! Sedangkan saya sendiri suka menonton
tutorial orang bermekap seperti bagaimana individu yang pandai bersolek dapat
melakukan perubahan yang ketara dan mengagumkan ke atas wajah sesudah selesai.
Tambah- tambah kalau video mengenai tutorial solekan yang dapat menutup
cela-cela yang ada diwajah. Tapikan, saya tonton je la, nak apply tak pandai.
Tempek- tempek bedak je dah ok.
Sebenarnya saya selalu tertanya- tanya,
macam mana keadaan orang yang suka bermekap ni sebenarnya ye. Lebih- lebih lagi
yang bermekap tebal. Tak rasa rimas ke? Tak membazir duit ke? Tak buang masa ke
nak calit itu ini? Tak menyusahkan ke asyik kena touch up? Tak sukar ke nak tanggalkan kalau nak berwuduk pastu
pakai balik? Tak kesian kat kulit ke asyik kena tonyoh dengan segala mak nenek
yang ada bahan kimia? Walaupun banyak jugak persoalan tapi saya memahami la
akan keadaan- keadaan ini sebab inilah antara fitrah sebagai wanita. Cuma untuk
kategori yang suka tebal- tebal ni, saya agak curious la. Yang mengejutkan kadang- kadang bila mana saya agak
susah nak cam rupa seseorang tu kalau dia tak mekap. Lain sangat! Betapa
magisnya ‘The Power of Make Up’ni.
Dalam pada itu, saya ingin meluahkan rasa
mengenai golongan yang menjaga penampilan tetapi tidak mengutamakan solat, bagi
umat Islam. Agak terkilan apabila saya pernah dan selalu berada dalam kelompok
individu yang mengabaikan solat. Nauzubillah, moga dijauhkan diri dari
perbuatan itu. Yang menyedihkan adalah individu- individu ini lebih suka
menconteng muka dengan pelbagai warna berbanding menyapu air wuduk. Cantik
memanglah cantik, namun sayang dibiar tidak tersentuh dengan basahan wuduk
apatah lagi pada tempat sujud. Nampaknya, bahan yang memudaratkan juga jadi
pilihan hati. Saya doakan moga suatu hari insan- insan ini akhirnya akan basahkan
anggota tubuh dengan berwuduk dan kelihatan lebih berseri- seri.
Awak adalah penggemar alat mekap? Saya tak
kisah! Yang saya kisahkan jangan sesekali abaikan tuntutan agama. Tapi
ingatlah, jangan keterlaluan dalam berhias diri. Sedangkan wanita muslimah dilarang
untuk menunjuk- nunjukkan perhiasan diri. Jagalah diri, jangan dibiar mudarat haya
kerana utamakan kecantikan dan penampilan tetapi abaikan keselamatan dan
kesihatan.
Akhir kata, saya ‘dengki’ dengan orang-
orang yang tiada masalah di wajah sehingga tak perlu pakai apa- apa produk
kecantikan. Tak lupa juga, saya suka orang- orang yang menjaga penampilan namun
langsung tak kisah muka tanpa sebarang solekan. Natural beauty je..
Sekian, wallahualam..
SiPengayatSukaHati
SiPengayatSukaHati
**Ditulis dari hati harapnya terlekat di hati bukan untuk membuatmu terasa hati**
21062017
Subscribe to:
Posts (Atom)