Saturday, June 24, 2017

DISKUSI: 3. Penggemar 'Bahan Kimia'?


Indah parasnya sopan tingkahnya,
Sekali kupandang jadi tertarik;
Diskusiku ini tentang penggemar ‘bahan kimia’,
Bahan utama buatan alat solek.

Saya tertarik untuk berdiskusi mengenai sesuatu perkara yang amat berkait rapat dengan bahan kimia. Memang tak dinafikan kebanyakan barang, peralatan atau produk adalah diperbuat daripada bahan kimia. Tapi yang ingin saya persoalkan adalah mengenai alat solek. Jeng.. jeng.. jeng..

Umumnya tahu bahawa alat solek itu tak lain tak bukan mengandungi bahan kimia yang agak tinggi. Walaupun ada juga diperbuat daripada bahan semulajadi yang lebih mesra pengguna dan selamat, namun itu hanyalah sebahagian kecil bahkan masih mempunyai jenis- jenis bahan kimia yang tertentu. Sudah bermacam- macam berita tular akan bahayanya produk- produk kecantikan pada diri dan wajah. Bahkan, yang lebih parah adalah sehingga mengakibatkan maut.

Rata- rata kaum wanita sememangnya gemar bersolek. Siapa yang tak suka, kan? Hasil solekan yang cantik dan menarik pastinya menimbulkan rasa puas dalam diri dan dapat memberi keyakinan yang lebih tinggi untuk berdepan individu lain. Yang melihat pon jadi tertarik dan tak nak lepas pandang. Siapa tu? Sayalah!

Saya bukan ingin menentang golongan yang suka bersolek. Oh, pastinya tidak! Sedangkan saya sendiri suka menonton tutorial orang bermekap seperti bagaimana individu yang pandai bersolek dapat melakukan perubahan yang ketara dan mengagumkan ke atas wajah sesudah selesai. Tambah- tambah kalau video mengenai tutorial solekan yang dapat menutup cela-cela yang ada diwajah. Tapikan, saya tonton je la, nak apply tak pandai. Tempek- tempek bedak je dah ok.

Sebenarnya saya selalu tertanya- tanya, macam mana keadaan orang yang suka bermekap ni sebenarnya ye. Lebih- lebih lagi yang bermekap tebal. Tak rasa rimas ke? Tak membazir duit ke? Tak buang masa ke nak calit itu ini? Tak menyusahkan ke asyik kena touch up? Tak sukar ke nak tanggalkan kalau nak berwuduk pastu pakai balik? Tak kesian kat kulit ke asyik kena tonyoh dengan segala mak nenek yang ada bahan kimia? Walaupun banyak jugak persoalan tapi saya memahami la akan keadaan- keadaan ini sebab inilah antara fitrah sebagai wanita. Cuma untuk kategori yang suka tebal- tebal ni, saya agak curious la. Yang mengejutkan kadang- kadang bila mana saya agak susah nak cam rupa seseorang tu kalau dia tak mekap. Lain sangat! Betapa magisnya ‘The Power of Make Up’ni.

Dalam pada itu, saya ingin meluahkan rasa mengenai golongan yang menjaga penampilan tetapi tidak mengutamakan solat, bagi umat Islam. Agak terkilan apabila saya pernah dan selalu berada dalam kelompok individu yang mengabaikan solat. Nauzubillah, moga dijauhkan diri dari perbuatan itu. Yang menyedihkan adalah individu- individu ini lebih suka menconteng muka dengan pelbagai warna berbanding menyapu air wuduk. Cantik memanglah cantik, namun sayang dibiar tidak tersentuh dengan basahan wuduk apatah lagi pada tempat sujud. Nampaknya, bahan yang memudaratkan juga jadi pilihan hati. Saya doakan moga suatu hari insan- insan ini akhirnya akan basahkan anggota tubuh dengan berwuduk dan kelihatan lebih berseri- seri.

Awak adalah penggemar alat mekap? Saya tak kisah! Yang saya kisahkan jangan sesekali abaikan tuntutan agama. Tapi ingatlah, jangan keterlaluan dalam berhias diri. Sedangkan wanita muslimah dilarang untuk menunjuk- nunjukkan perhiasan diri. Jagalah diri, jangan dibiar mudarat haya kerana utamakan kecantikan dan penampilan tetapi abaikan keselamatan dan kesihatan.

Akhir kata, saya ‘dengki’ dengan orang- orang yang tiada masalah di wajah sehingga tak perlu pakai apa- apa produk kecantikan. Tak lupa juga, saya suka orang- orang yang menjaga penampilan namun langsung tak kisah muka tanpa sebarang solekan. Natural beauty je..


Sekian, wallahualam..
SiPengayatSukaHati

**Ditulis dari hati harapnya terlekat di hati bukan untuk membuatmu terasa hati**


21062017

No comments:

Post a Comment