Sunday, November 26, 2017

PUISI : 29. Kuatkah Dikau?


Dia sahabatku..
Kami bertemu awal sem satu..
Sama- sama menjalani ujian ROTU..
Ketika itu..
Di mana dia pasti ada aku..

Kami budak diploma..
Bidang sama program sama..
Cuma takdir pasti berbeza..
Kelas kami tidak serupa..

Sahabatku..
Sungguh aku merindu..
Saat- saat bersama denganmu..
Wajah ceriamu..
Gelak tawa bahagiamu..
Bicara mesramu..
Masih ada diingatanku..

Sungguh aku tak menyangka..
Dalam waktu yang jarang kita bertemu..
Baru aku mendapat tahu..
Rupanya kau diduga oleh Dia.. (Innalillahi wa innailaihiraajiuun)
Sahabatku, kuatkah dikau?

Datangnya penyakit menimpa dirimu..
Entah apa puncanya tidak ku tahu..
Tapi mesti terukkan sabahatku?
Kerana tak mampu lagi kau teruskan perjuangan..
Untuk bergelar mahasiswa yang sibuk di alam pengajian..
Tiada lagi hostel menjadi kediaman..
Yang ada hospital menjadi tempat tinggal..
Kau terpaksa ditahan bagi mendapatkan rawatan..
Dan berjuang untuk sebuah kehidupan..
Kuatkah dikau, sahabat?

Andai awalnya banyak masa kita luang bersama..
Makin lama makin kurang waktu buat kita..
Apatah medan ROTU kau tinggalkan..
Sedang kita dalam satu pasukan..
Dan sering dijadi bahan gurauan..
Oleh staf markas tempat latihan..
Bila aku dilihat bersendirian..
Pasti ditanya ke mana kau yang sering jadi peneman..

Akhirnya..
Sudah tiada lagi waktu yang jarang itu..
Bahkan kita mula terputus hubungan..
Ooo.. aku mula kerinduan..

Dulu kita saling berkongsi cerita..
Pastu gelak bagai tak ingat dunia..
Kau tahukan aku suka drama dari Siam?
Bila kau minta aku berikan..
Aku suka bila kau juga melayan..
Tambah- tambah kita saling berkongsi kegemaran..

Lama sudah masa berlalu..
Wajah dan keadaanmu tiada di depan mataku..
Namun masih dalam pengetahuanku..
Itupun kerana media sosial jadi perantaraan untukku..
Maafkan aku..
Aku mengaku yang aku bukan kawan yang terbaik..
Jarang sekali bertanya keadaanmu..
Tak pernah sekali pergi melawatmu..
Malah, bagai boleh dihitung jumlah sapaanku..
Sungguhlah aku tidak mampu jadi teman setia..
Yang setia di setiap susah senang bersama..

Namun satu yang aku tahu..
Aku sayang pada sahabatku..
Tabahlah sahabat..
Aku tahu kau kuat..
Dan aku tahu kau sentiasa cuba untuk tersenyum..
Dan aku bagai mampu selami kesedihanmu..
Biarpun aku tahu aku tak mampu merasai setiap kesakitanmu..
Moga ada hikmah yang tersirat..
Moga kau kembali sihat walafiat..
Dan..
Moga kasih kita bertaut erat..


         MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati


*Nukilan puisi khas dituju untuk sahabat yang pernah bersama- sama di alam pengajian diploma namun terpaksa berhenti kerana diberi ujian masalah kesihatan..




26.11.2017

Friday, November 17, 2017

PUISI : 28. Kembali KepadaNya


13 November 2017..
Itulah tarikhnya..
Tanpa diduga..
Berita duka diterima..

Awalnya kufikir gurauan..
Rupanya satu kenyataan..
Disebar oleh rakan- rakan..
Sebagai tanda pengumuman..
Yang penuh kejutan..

Wahai guruku..
Kau yang memberi ilmu..
Kau juga pembimbingku..
Kau jua ibarat penjagaku..

Wahai guruku..
Terima kasih atas didikanmu..
Atas segala kata nasihatmu..
Dan perhatian buat semua anak didikmu..
Pemergianmu tiada diduga..
Dijemput pulang oleh Yang Maha Esa..
Al- fatihah ku hadiah diiringi doa..
Moga kau tenang berada di sana..

Sungguhlah..
Dari Dia kita datang..
Kepada Dia kita kembali..


           MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati


*Serpihan ingatan daripada bekas pelajar kepada Sir KA, guru fizik merangkap penasihat Kor Kadet Polis dan warden MRSM Pengkalan Chepa (2012/13).



17.11.2017

Friday, November 10, 2017

DIARI : 21. Istiadat Konvokesyen UiTM ke-87

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi..

Setelah dua tahun setengah berada di alam institut pengajian tinggi awam, akhirnya secara rasmi saya telah menjadi graduan lepasan diploma.. Pada 2 November 2017 yang lalu, iaitu hari yang menjadi salah satu momen manis buat diri saya kerana Istiadat Konvokesyen UiTM Kali 87 telah sempurna diadakan di UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun.

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-87

Bagi saya, untuk berjaya bukan sekadar datang dari hasil atas usaha sendiri tapi turut disokong oleh bantuan orang lain. Oleh itu, saya amat berterima kasih buat semua kenalan dan insan sekeliling yang hadir dalam hidup saya untuk segala bimbingan, tunjuk ajar, dorongan dan yang paling utama adalah doa. Terima kasih semua walau dari kejauhan.

Raptai diadakan pada 31 Oktober 2017. Jadi, saya ada dua hari untuk bergambar pre-konvo. Huhuhu. Lepas habis cipta memori dengan kawan- kawan, saya cipta kenangan dengan keluarga pulak. Sorang- sorang pon banyak. Kawasan pantai yang ada berdekatan kampus jadi pilihan. Kalau ikutkan banyak lagi tempat- tempat yang saya nak pergi untuk bergambar tapi tak sempat sebab lepas raptai tu saya ikut famili balik rumah. Terpaksa la kami ulang- alik Kelantan - Terengganu sebab ada adik- adik yang masih bersekolah.

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-87

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-87

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-87

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-87


Kalau di Universiti Teknologi MARA, antara kejayaan atau gelaran yang paling dibangga adalah Anugerah Naib Canselor (ANC). Anugerah ini diberi untuk graduan yang berjaya memperoleh nilai purata 3.5 ke atas atau mendapat anugerah dekan untuk semua semester. Saya tidak pernah berharap namun pernah berniat untuk mendapat anugerah ini. "Boleh la pakai selempang pink!", ibarat kata- kata yang datang dari kawan- kawan UiTM dulu. Hahaha.. Punya la diorang menaruh harapan terhadap saya. Namun apakan daya, saya yang memusnahkan harapan mereka. Bukan rezeki saya nampaknya apabila pada semester keempat saya mengalami zaman kejatuhan. Kerana satu semester, ANC terlepas dari genggaman. Tapi tak mengapa, lek ar..

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-87

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-87

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-87


Sempena hari konvokesyen itu, saya agak terharu kerana semua ahli keluarga ada. Kedua- dua ibu bapa saya dan semua adik- beradik datang meraikan. Malah saya dapat bunga. First time tau! T_T Bunga matahari warna- warni yang hidup pulak tu. Tapi sayangnya, saya terpaksa tinggalkan bunga tu kat rumah. Sebabnya agak sukar untuk saya bawa ke kampus. Rindu la pula kat si Sunshine. Apa khabar entah dia tu. Dah layu ke??? Hehehe..

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-87


     N.I.N.A
[10.11.2017]