Sunday, November 26, 2017
PUISI : 29. Kuatkah Dikau?
Dia sahabatku..
Kami bertemu awal sem satu..
Sama- sama menjalani ujian ROTU..
Ketika itu..
Di mana dia pasti ada aku..
Kami budak diploma..
Bidang sama program sama..
Cuma takdir pasti berbeza..
Kelas kami tidak serupa..
Sahabatku..
Sungguh aku merindu..
Saat- saat bersama denganmu..
Wajah ceriamu..
Gelak tawa bahagiamu..
Bicara mesramu..
Masih ada diingatanku..
Sungguh aku tak menyangka..
Dalam waktu yang jarang kita bertemu..
Baru aku mendapat tahu..
Rupanya kau diduga oleh Dia.. (Innalillahi wa innailaihiraajiuun)
Sahabatku, kuatkah dikau?
Datangnya penyakit menimpa dirimu..
Entah apa puncanya tidak ku tahu..
Tapi mesti terukkan sabahatku?
Kerana tak mampu lagi kau teruskan perjuangan..
Untuk bergelar mahasiswa yang sibuk di alam pengajian..
Tiada lagi hostel menjadi kediaman..
Yang ada hospital menjadi tempat tinggal..
Kau terpaksa ditahan bagi mendapatkan rawatan..
Dan berjuang untuk sebuah kehidupan..
Kuatkah dikau, sahabat?
Andai awalnya banyak masa kita luang bersama..
Makin lama makin kurang waktu buat kita..
Apatah medan ROTU kau tinggalkan..
Sedang kita dalam satu pasukan..
Dan sering dijadi bahan gurauan..
Oleh staf markas tempat latihan..
Bila aku dilihat bersendirian..
Pasti ditanya ke mana kau yang sering jadi peneman..
Akhirnya..
Sudah tiada lagi waktu yang jarang itu..
Bahkan kita mula terputus hubungan..
Ooo.. aku mula kerinduan..
Dulu kita saling berkongsi cerita..
Pastu gelak bagai tak ingat dunia..
Kau tahukan aku suka drama dari Siam?
Bila kau minta aku berikan..
Aku suka bila kau juga melayan..
Tambah- tambah kita saling berkongsi kegemaran..
Lama sudah masa berlalu..
Wajah dan keadaanmu tiada di depan mataku..
Namun masih dalam pengetahuanku..
Itupun kerana media sosial jadi perantaraan untukku..
Maafkan aku..
Aku mengaku yang aku bukan kawan yang terbaik..
Jarang sekali bertanya keadaanmu..
Tak pernah sekali pergi melawatmu..
Malah, bagai boleh dihitung jumlah sapaanku..
Sungguhlah aku tidak mampu jadi teman setia..
Yang setia di setiap susah senang bersama..
Namun satu yang aku tahu..
Aku sayang pada sahabatku..
Tabahlah sahabat..
Aku tahu kau kuat..
Dan aku tahu kau sentiasa cuba untuk tersenyum..
Dan aku bagai mampu selami kesedihanmu..
Biarpun aku tahu aku tak mampu merasai setiap kesakitanmu..
Moga ada hikmah yang tersirat..
Moga kau kembali sihat walafiat..
Dan..
Moga kasih kita bertaut erat..
MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati
*Nukilan puisi khas dituju untuk sahabat yang pernah bersama- sama di alam pengajian diploma namun terpaksa berhenti kerana diberi ujian masalah kesihatan..
26.11.2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment