Wednesday, March 28, 2018

PUISI : 51. Terikat Janji

Lembu berpegang pada tali..
Manusia berpegang pada janji..

Perumpamaan itu cuba aku fahami..
Lantas kembali refleksi diri..

Pernahkah aku berjanji?
Jawapannya, pernah!
Pernahkah aku mungkiri janji?
Jawapannya, pernah!

Aku sedar ..
Janji dibuat untuk ditepati..
Bukan sekadar mengambil hati..
Akhirnya terbiar dimungkiri..

Maafkan aku..
Andai aku tak mampu..
Tunaikan janji- janji terdahulu..

Bukan aku sengaja..
Bahkan aku selalu mencuba..
Untuk tunai segala janji yang tercipta..
Kerana aku tahu akan dosa..
Membiarkan orang teraniaya..
Apatah lagi rasa terluka..

Aku tidak mencari alasan..
Sebaliknya meminta kemaafan..
Agar kita tidak bermusuhan..
Angkara sebuah perjanjian..

Kini..
Aku mula berhati- hati..
Dalam pada mahu berjanji..
Aku fikirkan kemampuan diri..
Dan memohon pertolongan Ilahi..
Moga dapat aku tunaikan janji..

Ingatlah..
Janji bukan sekadar manis dibicara..
Janji itu untuk kita laksana..

Maka..
Hati- hati..
Bila diri terikat janji..

       MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati

28.03.2018

Tuesday, March 20, 2018

PUISI : 50. Bayang Impian

Telah aku pertaruh..
Masa dan tenaga..
Demi satu matlamat..
Akanku capai dan genggam kejap..

Penat memang penat..
Mengejar bayang impian..
Namun kerana satu tekad..
Tetap aku bertahan..

Sekuat mana aku bertahan..
Adakalanya terluah keluhan..
Sebesar mana segala harapan..
Sebanyak itulah datangnya cabaran..

Aku akur..
Cabarannya cuba kutepis..
Meski sabar kadang terhakis..
Tetap aku berusaha sampai habis..

Dalam keseorangan..
Tidak aku bersendirian..
Kerana adanya kekuatan dari Tuhan..
Yang sering kupohon dan panjatkan harapan..
Siang malam tidak sekalipun kulupakan..
Moga- moga dipermudahkan segala urusan..

Biarlah penat mengejar bayang impian..
Asal tersenyum menggenggam kejayaan..

         MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati


20.03.2018

Sunday, March 18, 2018

#CONTEST PUISI : 49. 365 Hari Tanpa Erti

Hari berganti hari
Masa pantas berlalu pergi
Makin dihitung masa
Makin aku menginjak usia

Aku menatap langit nan tinggi
Merenung pula alam semula jadi
Subhanallah!
Bergema bisikan itu di dalam hati
Saat terlantunnya kata memuji Ilahi

Aku tunduk menjatuhkan pandangan 
Merenung pula ke lantai bumi
Kala itu kuteringat kembali
Detik- detik yang telah ditempuhi
Tatkala itu juga 
Mahu saja tangisan datang menyapa
Sedar akan hina dan dosa
Menyelimuti diri yang ternyata cela

Aku mencongak hitungan masa
Andai setahun, 365 hari jumlahnya
Kuhitung pula dari kecil hingga dewasa
Betapa banyak masa telah kupersia

Ternyata,
Akulah pemusnah hidupku
Gara- gara hanyut dan sering terleka
Dek terpukul gelora jiwa muda
Aku terumbang-ambing menunai perintahNya  
Asyik terkinja di lautan hiburan dunia
Tiada dihirau akan segala syariatNya
Hinggalah tiba saat itu
Di mana itulah saatnya 
Aku terkapai- kapai mencari pertolongan
Untuk kembali ke dasarnya 

Kesal!
Sungguh kesal itu datang bertimpa- timpa
Menghimpit jiwa membuat ku meronta- ronta
Betapa 365 hari yang berlalu 
Rupanya kosong tidak bererti
Malah jumlahnya tidak terhenti di situ
Bersilih ganti lagi 
Untuk ke sekian 365 hari 
Sebagai tanda bertahun- tahun lamanya
Aku terperangkap dalam bisikan durjana 

Laungan azan tiba- tiba bergema
Bertaburan pergi segala memori
Maka, 
Tersedarlah aku dari lamunan panjang
Syukurlah!
Aku yang kini bukan lagi yang lama
Bahkan episod baru aku rombak kembali
Agar hikayat 365 hari tanpa erti
Menjadi sejarah yang tak mahu diulang lagi
Namun terselit pengajaran kepada diri

Doa dan harapanku
Moga hari- hari yang mendatang
Menjadi 365 hari yang bermakna
Dilalui lagi tanpa berbuat murka
Hinggalah hari terakhir aku di dunia


Oleh: Nur Husnina Syahirah binti Zuraidi 
Inasis Bank Muamalat, Universiti Utara Malaysia


<3<3<3 Sajak ini telah dihasilkan pada 15 Mac 2018 sempena Pertandingan Mencipta Sajak yang bertajuk 365 Hari Tanpa Erti.. Pertandingan tersebut merupakan salah satu acara dalam pesta Inasis BSN yang telah diadakan beberapa hari sehingga tarikh 17 Mac 2018.. Alhamdulillah, walaupun mencuba untuk kali pertama sekadar suka- suka, saya menang tempat kedua.. Rezeki dari Allah tiada kita tahu.. 

Friday, March 16, 2018

PUISI : 48. Tersenyum Sendiri

Bibir ini..
Terasa bagai sudah disihir..

Tak terkira masa..
Asyik tersenyum sahaja..

Andai ada yang hairan..
Aku lagilah kehairanan..

Tiada yang membawa khabar gembira..
Namun diri tersapa angin ceria..

Mengapa jadi begini?
Mudah benar tersenyum sendiri..

Adakah kerana dia?
Dia yang tak ku kenal siapa..

Aku sekadar meneka..
Bukan bermakna benar dan nyata..

Kerana sejak terjumpa dia..
Langsung saja, dilanda bahagia..

Aduh, parahnya!
Andai benar, mengapa?

Tak mungkin kepadanya..
Aku tersuka tanpa sengaja..

    MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati


16.03.2018

Friday, March 2, 2018

PUISI : 47. Hati Menjerit

Dengarlah..
Hati ini mahu berkata- kata..
Ia tidak lagi mampu..
Terus menanggung bebanan.. 
Akibat terdera setiap masa..
Dek rasa terlekat di jiwa..

Hati asyik meronta- ronta..
Sukar membisu, diam tak bersuara..
Sekian lama menyimpan rasa..
Mahu meletus emosi segala..

Aku suka padamu!
Itu jeritannya..
Seringkali bergema..
Terlafaz indah membuai jiwa..
Kadang sayu menghimpit sukma..

Sayangnya..
Jeritan itu sekadar di pinggiran hati..
Mustahil untuk dia dengar dan ketahui..

Andai saja kekuatan itu ada..
Segan pula tiada dirasa..
Tidak aku dalam keraguan..
Untuk persembahkan isi hati..
Yang tak sudah menjerit sendiri..
Hingga aku terseksa berkali- kali..

Dalam kepasrahan..
Aku meluahkan..
Tiap kali hati menjerit kesayuan..
Doa dipohon dalam kesyahduan..
Berharap kasih yang berpanjangan..
Tak mengapa jika tidak dari insan..
Asal tak putus dari Sang Tuhan..


    MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati



02.03.2018

Thursday, March 1, 2018

PUISI : 46. Titisan Rahmat

Subuh itu aku terjaga..
Dalam kemalasan berselimutkan kesejukan..
Aku bagaikan liat mahu bangun..
Kepala pula terasa berdenyut kembali..
Menambahkan lagi tahap malas itu..
Baru ingin menyambung lena yang sebelumnya..

Tuk! Tuk! Tuk!
Bunyi itu..
Aku tahu bunyi itu apa..
Bunyi ketukan dari sang ayah..
Menandakan waktu subuh mahu berlalu..
Dek sedar anaknya belum bangkit lagi..
Dia datang bagai memberi peringatan..
Tidak hanya tanggungjawab seorang ayah..
Sekaligus saudara seislam juga..

Aku bangkit..
Sepenuhnya sedar dari mamai tadi..
Lalu menyiapkan diri..
Untuk menuju mencari redha Ilahi..
Dalam sebuah pengabdian diri..

Masa makin berlalu..
Cahaya mentari kian menyinar..
Mengambil alih pula kegelapan malam..

Tanpaku sedar..
Dalam leka membuat kerja..
Tiba- tiba ada bunyi menyapa..
Kucuba intai di balik jendela..
Sedarlah aku bahawa itu titisan rahmatNya..

Syukurlah..
Hujan kembali menari- nari..
Membasahi bumi yang didiami..
Setelah sekian waktu tidak munculkan diri..


        MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati


19.02.2018