Tuesday, September 25, 2018

PUISI : 61. Layakkah Aku?

Tawaranmu..
Membuat kudiam seribu bahasa..
Hendak diterima terasa berat..
Hendak ditolak terasa ralat..

Tawaran itu..
Hadir bersama sebuah amanah..
Terselit tanggungjawab untuk digalas..
Komitmen juga tak mungkin terlepas..

Benak bertanya di sebalik membisu..
"Layakkah aku?"

Kerana aku sedar..
Diriku jauh dari yang diharapkan..
Punyai banyak kekurangan..
Tak pernah culas membuat kesilapan..

Maka benak bertanya lagi..
"Layakkah aku?"
Andai sebetulnya layak..
"Mampukah aku?"

          MekNina
#SiPengayatSukaHati

25.09.2018

<3 <3 <3  Alhamdulillah, tercalon sebagai bakal pemegang amanah bla.. bla.. bla.. bersama lima orang lagi kawan.. Tak sangka sampai boleh terpilih juga.. Apa-apa pun,  bersyukurlah walaupun macam tak berapa nak percaya dan agak berat hati.. Ramai lagi yang jauh berkemampuan dari diriku.. 24.09.2018#

Sunday, September 23, 2018

PUISI : 60. Kalimah Dibibirmu

Sepasang kaki kemas mengatur langkah..
Menuju destinasi yang mahu diterjah..

Aku bersama teman-teman..
Engkau pula keseorangan..

Sekilas aku terpandang dirimu..
Kau juga terpandangkan aku..
Terus teralih arah pandanganku..
Kau juga berbuat sebegitu..
Namun..
Sesaat cukup menarik perhatianku..
Terkumat kamit gerakan bibirmu..
Bagai tak putus melafazkan sesuatu..
Dan aku seolah-olah tahu apakah lafaz itu..

Kalam Allah..
Itulah kalimah dibibirmu..

Di saat insan lain leka dengan urusan dunia..
Kau hiraukan saja..
Khusyuk menatap paparan dalam genggaman..
Hingga tak sedar kau sebenarnya telah diperhatikan..
Meskipun sesaat cuma..

Masa yang ada kau guna sebaiknya..
Kemudahan yang ada kau manfaatkannya..
Membuatkan aku terfikir sendiri..
"Sampai bila aku mahu begini?
Sering utamakan hal duniawi.
Urusan akhirat pula terbiar sepi."

          MekNina
#SiPengayatSukaHati

23.09.2018

Bacalah.. Bacalah al Quran..

Memang membaca al Quran di khalayak umum itu adalah sesuatu yang biasa.. Namun, kerana ianya adalah sesuatu yang jarang diamalkan menjadikan ia sebagai luar dari kebiasaan.. Dan boleh jadi nampak luar biasa.. 😅

Bagus hamba Allah tu.. Mulanya MekNina teka je yang dia ni baca Quran kot.. Husnuzon kan.. Bila tengok mulut dok gerak-gerak.. Duduk sorang-sorang pula tu.. Nak kata nyanyi, air muka rileks je.. Tak de pula macam duk hiburkan diri.. Tapi macam tengah tenangkan hati.. Kali kedua lalu belakang dia, betullah sangkaan MekNina.. Ternampak macam tulisan ayat al Quran kat skrin telefon dia..

Saturday, September 15, 2018

Wattys 2018

15 September 2018

Aku tergerak hati untuk membuka akaun Wattpad.. Tujuanku adalah untuk membaca karya-karya novel.. Sudah lama aku tidak membuka akaun Wattpad..

Sebaik sahaja masuk, aku terlihat satu mesej.. Aku buka inbox dan terkejut.. Ianya dari WattysMY.. Dah 2 minggu mesej tu aku dapat.. Bertarikh 1 September 2018..

Alhamdulillah..

Antara 3987 penyertaan, aku dalam kalangan 500 yang terbaik.. Walaupun begitu jauh daripada yang tertinggi, namun aku tetap bersyukur.. Aku sekadar mencuba.. Tak mengharapkan kemenangan.. Meskipun ada pepatah, buat biar sampai berjaya.. Aku tak kisah.. Sekadar ambil pengalaman sebagai penulis puisi yang hanya sesuka hati.. Jauh dari level tinggi.. Huhuhu..