Seluas mana lautan terbentang..
Luas lagi ilmu pengetahuan..
Tak mungkin datangnya terbang melayang..
Tak mungkin munculnya hanya kerana seruan..
Ilmu itu hendaklah dicari dan sewajarnya dihayati..
Andai ilmu tiada diambil peduli..
Meranalah diri terperangkap oleh kejahilan sendiri..
#MekNina
#SiPengayatSukaHati ❤
Belanja serangkap.. 🤗
18.12.2018
Alhamdulillah..
Kemenangan kali kedua buat #MekNina .. Walaupun ini adalah pengalaman yang masih baru iaitu kali kedua menyertai pertandingan mencipta puisi atau sajak, karya saya telah dapat memenangi hati juri.. Segala coretan adalah ilham dari Dia.. Terdapat pujian dan kritikan yang membina berdasarkan ulasan daripada juri.. Saya terima dengan senang hati.. Tambahan pula, saya jenis buat ayat syok sendiri je.. #SiPengayatSukaHati kan~ Melalui ulasan ini, saya dapat tahu apa kelebihan dan kekurangan dalam karya tersebut..
Sewaktu hari kejadian, saya datang ke majlis penutup hanya bersendirian.. Sama seperti sewaktu pertandingan yang pertama.. Cuma, sebelum ini saya telah dimaklumkan sebagai salah seorang pemenang tetapi kali ini tidak.. Seperti sebelum ini juga, tak terlintas di hati untuk menang.. Tambahan pula, saingan kali ini agak ramai.. Lebih kurang 25 orang.. Saya hadirkan diri sebagai peserta pertandingan.. Namun, saya agak terkejut sewaktu sesi ucapan ulasan karya.. Sebabnya, sewaktu ulasan diucapkan oleh Encik Azmi, beliau ada sebut contoh petikan kata daripada puisi-puisi yang dihantar. Dan petikan untuk pemenang tempat pertama adalah ayat- ayat yang pernah saya coretkan.. Sebenarnya saya sudah hampir lupa karya sendiri, tetapi waktu itulah saya teringat balik.
"Macam kenal je ayat ni." Hati bermonolog.. Tapi masih tak berapa yakin.. Namun, makin diulas, makin saya yakin.. "Betul laa, ni aku punya." Tiba-tiba rasa tak percaya. "Aku ke yang menang? Ya Allah!!! Alhamdulillah." Dalam sebak, hati mengucapkan syukur meskipun masih tidak pasti.. Sehinggalah nama-nama pemenang diumumkan.. Bagaikan mahu mengalir air mata Mek Nina.. Akulah johan! Terima kasih padaMu Ya Allah..
Saya terharu.. Dan amat berterima kasih kepada pihak penganjur serta juri pertandingan.. Di samping ulasan beliau, saya turut mendapat sebuah buku hasil karya Encik Azmi sebagai hadiah.. Inilah koleksi pertama nukilan puisi buat #MekNina .. Hehehe..