Friday, June 21, 2019

PUISI : 79. Pemuja Dirimu

Salahkah?
Salahkah jika aku memuja?
Memuja dirimu yang terlihat istimewa..
Begitu indah dan tampak sempurna..

Dari pandangan kasar..
Seorang insan biasa..
Yang sememangnya..
Tak punya apa-apa..
Bukan sekadar..
Jika diukur pada harta..
Apatah lagi..
Jika dipandang pada rupa..

Segala-galanya serba sederhana..
Itulah diriku pemujamu yang setia..

           MekNina
#SiPengayatSukahati

⚠️ Cetusan idea : Wany Hasrita - Terlalu Memuja

Tuesday, April 23, 2019

#CONTEST PUISI : 78. Drama Kehidupan

23.06.2019

Alhamdulillah..

Kali kedua dapat tempat pertama..

Pertandingan menulis puisi bertema bebas dan terpulang sama ada mahu menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris..

Wednesday, April 3, 2019

PUISI : 77. Dibelenggu Rindu


Andai saja waktu itu..

Aku punya keberanian yang luar biasa..
Sudah aku mendekatimu..
Dan mengungkapkan apa yang kurasa..

Namun malu begitu kuat membaluti diriku..
Hingga aku kaku melangkah ke arahmu..
Dan memaksakan aku terus membisu..
Menyembunyikan rahsia yang lama terpendam di hatiku..

Kini bila kau jauh dari aku..
Aku hanya mampu merinduimu..
Dan ternanti-nanti akan kehadiranmu..
Meskipun tertanya-tanya dibenakku..
Perlukah aku terus membiarkan rasa itu..

Rasa yang membelenggu..
Iaitu..
Rindu di jiwa..

              MekNina
#SiPengayatSukaHati

⚠️ Cetusan idea : Encik Mimpi - Rindu di Jiwa

Tuesday, April 2, 2019

PUISI : 76. Tetap Dirimu


Jangan ditanya tentang hatiku..

Apa yang sebenarnya diinginkan ia..
Kerana jawapannya..
Adalah kamu..
Dan tetap jua kamu..

Tidak aku sekadar menipu..
Walau sayangku tak terucap padamu..
Tidak aku sekadar menguji..
Walau kasihku tak henti-henti diuji..

Bahkan aku berharap..
Bukan cuma diriku..
Yang sentiasa ingin denganmu..
Malah engkau pun sama..
Cuma mahukan aku untukmu..
Dan selamanya tetap aku..

             MekNina
#SiPengayatSukaHati  

⚠️ Cetusan idea : Amylea X Megat - Tetap Kamu

Thursday, February 21, 2019

PUISI : 75. Doaku Untukmu


Puisi Doaku Untukmu

Hadirnya rindu datang bertamu..
Melekat di jiwa yang dilanda gelora..

Sayang seribu kali sayang..
Rindu itu tidak kau tahu..
Hanyalah aku yang merasa sendiri..
Tersimpan kemas di lubuk hati..
Tak pernah terucap oleh bibir ini..
Meskipun terseksa menahan rasa..
Yang sudahpun bertahun lama..
Hingga kini aku masih setia..
Teguh memendam getaran perasaan..
Dan terselit padanya..
Sebuah lara kerinduan..

Di saat rindu menjelma datang..
Doa untukmu kupersembahkan..
KepadaNya aku meluahkan..
Tentang rahsia hati dan perasaan..
Biarlah doa jadi penawar kerinduan..
Moga diri disirami ketenangan..
Dan menghambat pergi segala keresahan..

Doaku untukmu..
Itulah..
Penawar rinduku padamu..

#MekNina
#SiPengayatSukaHati

⚠️ Cetusan idea : D'Wapinz - Rindu Terucap Dalam Doa

Wednesday, February 13, 2019

PUISI : 74. Sehingga Bila?

Sehingga bila?
Sehingga bila kau mahu menyembunyikan diri..
Sudahlah!
Sudahlah engkau lari dari pandanganku..
Aku lelah!
Lelah mencari tahu tentangmu..
Moga di akhirnya..
Kau kembali kutemui..

#MekNina
#SiPengayatSukaHati

Tuesday, February 12, 2019

PUISI : 73. Jauhi Aku

Aku sedar..
Bukan tidak sedar..
Cuma tidak pasti..
Kerana dilanda ragu..

Aku sedar..
Di kejauhan kau mengintai diriku..
Cuma aku yang berbuat tak tahu..
Sekadar melirik melihat siapakah itu..
Entah mengapa..
Bagaikan mampu merasai kemunculanmu..
Yang tiba-tiba hadir di ruangan mataku..

Aku sedar..
Namun aku tidak memahami..
Apakah yang kau ingini..
Di sebalik semua ini..
Hingga akhirnya aku bertanya begini..
"Adakah diriku yang ingin dia dekati?"
Bukan aku perasan sendiri..
Namun tingkahmu bagaikan begitu..
Puas sudah tertanya-tanya di hati..
Sehingga gusar diri ini..

Aku sedar..
Melihatkan kelakuanmu..
Mungkin benar kata hatiku..
Diriku mahu kau dekati..
Jika iya..
Jauhilah aku..
Sesungguhnya masih belum terlambat..
Untuk dirimu berlalu dari diriku..

#MekNina
#SiPengayatSukaHati ❤

Monday, February 11, 2019

PUISI : 72. Saat Bersamamu

Saat lalu..
Saat yang membahagiakan aku..
Di kala kau ada bersamaku..
Tak pernah sekalipun kau jauh dariku..
Meskipun sukar hari-hari yang dilalui..
Dirimu tetap sabar mendokongku..
Menjadi penguat semangat untukku..
Hingga ke akhir usiamu..

Saat ini..
Saat yang bermakna buatku..
Di kala sendiri meniti sisa usiaku..
Tak pernah sekalipun kau hilang dari ingatanku..
Meskipun sepi hari-hari yang kulewati..
Bayangmu tetap setia menemaniku..
Sebagai kenangan yang terindah untukku..
Hingga penghujung hayatku..

#MekNina
#SiPengayatSukaHati

Cetusan Idea : Lagu "Kemarin"

Tuesday, February 5, 2019

PUISI : 71. Penilaian Matamu

Apakah tafsiran pandanganmu?
Tatkala matamu merenung diriku..

Tidak mampu aku mentafsirnya..
Bimbang tersalah bicara..
Namun aku mampu memahaminya..
Biarpun sekadar melalui sebuah pandangan..
Yang jelas menzahirkan sebuah penilaian..

Di matamu..
Hina atau mulia?
Keji atau murni?
Diriku yang kerdil ini..
Yang pastinya punyai banyak kekurangan..

Dan aku juga tertanya-tanya..
Bagaimanakah aku pada penilaianMu?
Sedang mustahil terlepas tiap perilaku diriku..
Selalu diawasi dan diperhati..
Tiap segala-galanya jelas..
Dan tiada yang tersembunyi..
Di mataMu..

#MekNina
#SiPengayatSukaHati ❤

Cetusan Idea : Lagu "Di Matamu"

Saturday, January 12, 2019

PUISI : 70. Yang Terbuang

Saat kau lepaskan dia pergi..
Aku menerimanya berlapang hati..
Biar kugenggam sekuat hati..
Tak mahu dia terlepas lagi..
Dan kepadamu dia kembali..
Yang sememangnya tak tahu menghargai..

Jika kau kesalinya..
Dan inginkan dia semula..
Maaf kukatakan terlebih dahulu..
Mungkin sudah terlambat untuk itu..
Tak mungkin dia berpaling padamu..
Yang cuma tahu menyakiti..

Dia bukanlah barang..
Dijaga elok waktu disayang..
Akhirnya dibiar terbuang..

#MekNina
#SiPengayatSukaHati