Dibawa oleh pulang oleh Milu si bapanya selepas dilahirkan. Setelah itu, Jiji pula dibawa pulang. Agak kekok pada mulanya untuk membelai si comel yang agak kecil dan begitu takut untuk didekati. Tapi kami sekeluarga tetap bela dan jaga dengan sebaiknya.
7 Disember 2020 malam. Kira- kira tengah malam. Khabaran sedih diterima. 'Kiki dah mati. Kiki eksiden.' Sungguh sedih. Begini rupanya perasaan pembela atau pencinta binatang yang kehilangan belaannya. Tak dapat aku lupakan saat- saat terakhir kami bersama. Kiki yang cuba bermanja meskipun aku tengah sibuk membuat kerja. Aku juga tak perasan kelibat Kiki menghilang malam tu. Ingatkan berkeliaran di kawasan rumah. Rupa- rupanya ada tragedi yang menimpa dia.
Sesudah beberapa ketika dia menghilang, Kiki ditemukan dalam keadaan yang kaku dan berlumuran darah. Kiki, kaulah antara kenangan yang terindah hadir dalam hidupku untuk tahun 2020.