Berselindung di sebalik topeng..
Menyembunyikan bermacam ekspresi..
Mungkin, sekilas pandang boleh diketahui..
Mungkin, berkali- kali diperhati tetap tak mampu dikenal pasti..
Ada yang berkata..
Hati- hati dengan manusia bertopeng..
Khususnya, manusia bertopengkan syaitan..
Mereka diibaratkan talam dua muka..
Depan belakang tak serupa..
Sikap buruk sebenar rupanya tersorok..
Di sebalik wajah dan tingkah yang terpamer..
Itulah kiasan yang punya makna tersirat..
Hakikatnya kini..
Topeng sudah menjadi satu keperluan..
Bahkan digalakkan sehingga menjadi kewajipan..
Bukan lagi kehendak semata- mata..
Wajah yang tidak bertopeng..
Itulah wajah yang mungkin terheret ke kancah masalah..
Bakal didenda kerana membuat salah..
Bakal dicerca kerana bersikap tak ambil endah..
Bakal menjadi mangsa jika tidak cakna..
Bakal menjadi punca tanpa sedar akan impaknya..
Topeng ini..
Bukan topeng kostum adiwira kegemaran ramai..
Bukan topeng yang popular dalam kalangan penjenayah..
Bukan topeng kartun atau badut yang menceriakan hati gundah..
Topeng ini..
Hanyalah pelitup muka..
Tetapi berguna demi kesejahteraan semua..
Akhir kata..
Bersamalah kita membendung penularan Covid-19!
MekNina
#SiPengayatSukahati
02.03.2021
No comments:
Post a Comment