Bermacam kisah telah aku baca
Berjenis video telah aku tonton
Beribu gambar telah aku tatap
Berbagai khabar telah aku dengar
Tular ke sini sana
Dikongsi di merata- rata
Tapi sayang, tidak elok pula kandungannya
Demi 𝘷𝘪𝘳𝘢𝘭,
ada yang gimik penuh auta
ada yang 𝘱𝘳𝘢𝘯𝘬 tanpa cakna
ada yang 𝘤𝘩𝘢𝘭𝘭𝘦𝘯𝘨𝘦 sampai bahaya
Asalkan 𝘵𝘳𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨,
ada yang sengaja mencari perhatian
ada yang jadikan strategi pemasaran
ada yang mahu mengaut keuntungan
ada yang gilakan kecaman
ada yang pertaruhkan maruah dan iman
ada yang tidak beradab dan jelik kelakuan
Betapa rakusnya jadi bahan 𝘷𝘪𝘳𝘢𝘭
Tidak difikirkan kesan, bagaikan pendek akal
Bila dikritik baru terdetik kesal
Fikir dahulu sebelum bertindak!
Manfaatkan kecanggihan
Bukan merosakkan pemikiran
Semata- mata kepuasan dan hiburan
Kau rakam, aku tularkan
Begitulah kehidupan dunia sekarang
Moga terlindung daripada fitnah akhir zaman
Moga tak hilang segala keberkatan
𝐌𝐞𝐤𝐍𝐢𝐧𝐚 #𝐒𝐢𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐲𝐚𝐭𝐒𝐮𝐤𝐚𝐇𝐚𝐭𝐢
Selangor
28.03.2021
No comments:
Post a Comment