Melihatkan nama..
Hati tertanya- tanya..
Bagaimana rupanya?
Siapakah dia?
Sekadar melihat aksara..
Tak dapat ditafsir orangnya..
Jika itu yang kau bingungkan..
Berhentilah wahai teman..
Aku hanyalah aku...
Insan biasa sebagaimana kamu..
Masih belajar tentang ilmu dunia..
Ilmu akhirat jangan dilupa..
Kerana aku dahagakan keduanya..
Melihat butiran nama..
Pasti kau tahu aku ini siapa..
Sudah pastilah seorang wanita..
Wanita bagaimana?
Entah, aku tak pasti jua..
Yang aku pasti..
Aku seorang muslimah..
Muslimah yang kurang serba serbi..
Bukan seorang ustazah..
Bukan ahli pakar..
Bukan yang berharta..
Kiranya itu sahaja..
Yang mampu ku zahirkan kata..
Salam perkenalan buat semua..
Terimalah bicaraku yang pertama..
MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati
No comments:
Post a Comment