Friday, October 7, 2016

PUISI: 2. Redup Teduhanmu


House Sketching, Lukisan Rumah
Nina Z












Aku yang tiada apa-apa..
Kau hadir memberi segala..

Tak pernah ku pinta..
Apatah lagi tersua- sua..
Kau tetap menghulurkannya..
Membuatku serba tidak kena..

Ku katakan tak mahu..
Kau katakan ambillah..
Ku tegaskan tak perlu..
Kau pula merayu..
Membuatku serba salah..

Aku tahu..
Itu caramu..
Membuktikan keikhlasan dalam perhubungan..
Memberi sebagai tanda kau hargai..
Tapi aku bagaikan parasit..
Hanya menerima tiap pemberian..
Tiada balasan dapat ku hulurkan..
Kau hanya tersenyum senang..
Aku pula yang tidak senang..

Kau beriku tempat berlindung..
Disirami kasih seputih salju..
Hingga kurasa redup teduhanmu..
Mendamaikan sekeping hati yang sendu..

Mulianya kasihmu..
Kan kubajai dengan sayangku..
Manisnya senyumanmu..
Kan kuhiasi dengan cintaku..
Murahnya hatimu..
Kan kubalasi dengan doaku..


          MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati

No comments:

Post a Comment