![]() |
Nina Z |
Di sini aku..
Tak pernah jemu..
Menunggu hadirnya dirimu..
Datang kepadaku..
Di setiap detik yang berlalu..
Resah tetap mengganggu..
Membiar diriku terbeban..
Menahan derita kerinduan..
Ku tahu kau terpaksa..
Membiar daku sendirian di sini..
Kerana tanggungjawab kau di sana..
Untuk kesenangan kita bersama nanti..
Diri ini selalu berharap…
Moga larian waktu itu..
Berlalu bagai sepantas kilat..
Tapi bila kau disisi..
Biarlah lariannya bertukar merangkak..
Perlahan- lahan bagaikan gerakan siput..
Kerana diri mendamba kehadiranmu..
Di sisi selalu menemaniku..
Aduhai waktu..
Pantaslah kau berlalu..
Aku dah tak sanggup menunggu..
Andai kau tahu apa itu derita merindu..
MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati
No comments:
Post a Comment