Sunday, March 28, 2021

DIARI : 27. Youtube Channel SiPengayat SukaHati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Akhirnya... hari ini bertarikh 28 Mac 2021, intro untuk youtube channel SiPengayat SukaHati dah dimuat naik. Setelah lebih kurang 5 tahun pendam keinginan, tahun ni baru dapat realisasikan. Channel khusus untuk koleksi puisi sesuka hati MekNina #SiPengayatSukaHati. Serba ringkas je. Biasanya aku upload video kat page IG @si.pengayat.sukahati je. Tu pon bila rajin nak edit. Dah lama tak jenguk- jenguk page. Berhabuk dah! Fuhhhh! (Tiup sikit)

Plan buat masa sekarang, kebanyakan video yang akan dimuat naik nanti adalah video yang dah sedia ada terlebih dahulu. Then, jika puisi dalam video tersebut ada ditulis dalam blog ni, maka MekNina akan update kat setiap entry tersebut untuk tampal video sekali.


Jeng.. Jeng.. Jeng... 😁

Nah! 👇



PUISI : 116. Relakan TakdirNya

Kau di sana..
Aku di sini..

Kita terpisah oleh jarak dan waktu..
Membawa haluan kehidupan tersendiri..

Jika takdir itu milik kita..
Ingin aku kembali bertemu denganmu..
Setelah hampir sedekad tak bersua..
Fikiran masih terkenangkan dirimu..

Mungkin aku sahaja yang merasakan rindu..
Tapi tak mengapa jika begitu..
Kerana rasa itu tulus dari lubuk hatiku..
Tidak aku mengharapkan balasan darimu..
Walau sakit melepaskan dirimu.. 

Tak pernah aku relakan perpisahan..
Tapi aku cuba pasrahkan segalanya..
Kerana aku tahu, jodoh itu takdir dari Tuhan..
Mungkinkah kisah kita tidak dikaitkan bersama?
Jika ternyata ya..
Moga masing- masing temui bahagia di epilog cerita..

         MekNina
#SiPengayatSukaHati
27.03.2021

⚠️ Cetusan idea: D'Layu - Tak Rela

PUISI : 115. Demi Viral

Bermacam kisah telah aku baca
Berjenis video telah aku tonton
Beribu gambar telah aku tatap
Berbagai khabar telah aku dengar

Tular ke sini sana
Dikongsi di merata- rata
Tapi sayang, tidak elok pula kandungannya

Demi 𝘷𝘪𝘳𝘢𝘭,
ada yang gimik penuh auta
ada yang 𝘱𝘳𝘢𝘯𝘬 tanpa cakna
ada yang 𝘤𝘩𝘢𝘭𝘭𝘦𝘯𝘨𝘦 sampai bahaya

Asalkan 𝘵𝘳𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨,
ada yang sengaja mencari perhatian
ada yang jadikan strategi pemasaran
ada yang mahu mengaut keuntungan
ada yang gilakan kecaman
ada yang pertaruhkan maruah dan iman
ada yang tidak beradab dan jelik kelakuan

Betapa rakusnya jadi bahan 𝘷𝘪𝘳𝘢𝘭
Tidak difikirkan kesan, bagaikan pendek akal
Bila dikritik baru terdetik kesal

Fikir dahulu sebelum bertindak!

Manfaatkan kecanggihan
Bukan merosakkan pemikiran
Semata- mata kepuasan dan hiburan
Kau rakam, aku tularkan

Begitulah kehidupan dunia sekarang
Moga terlindung daripada fitnah akhir zaman
Moga tak hilang segala keberkatan

𝐌𝐞𝐤𝐍𝐢𝐧𝐚 #𝐒𝐢𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐲𝐚𝐭𝐒𝐮𝐤𝐚𝐇𝐚𝐭𝐢
Selangor
28.03.2021






Wednesday, March 24, 2021

PUISI : 114. Bagaikan Realiti

Terpukau melihatmu di alam mimpi..
Yang nyata engkau hanya sebuah ilusi..
Diriku masih hanyut berhalusinasi..
Khayalan atau jelmaan sekalipun tidak dipeduli..
Seolah-olah berpijak di alam realiti..
Kau dan aku bersua kembali..

Kring! Kringg! Kringgg!

Deringan jam loceng berbunyi..
Bertebaran segala bayangan berlalu pergi..
Dalam mamai aku cuba sedarkan diri..
Masih diberi nafas menjadi khalifah di Bumi..

Tanpa aku sedari..
Bibir menyimpul senyum sendiri..
Teringatkan kisah yang kini tinggal memori..
Begitu kuatkah auramu sehingga kini?
Sedar tak sedar terbawa ke alam mimpi..

         MekNina
#SiPengayatSukaHati


24.03.2021

DIARI : 26. Cover Page Sesuka Hati

Setelah bertahun tak berpakaian, akhirnya bertutup dengan elok. Kesian dia~


Aku ada akaun Wattpad yang diguna 95% untuk membaca online novel, manakala 5% lagi post karya aku sendiri. Memang agak terbiar la bahagian karya sendiri. Dah la sendu! Huhu.

Setiap post pon takde cover. Tergantung sepi gitu je walaupun ada update bab terbaru.

Semalam baru betul- betul nak buat cover page. So, hari ni aku rajinkan diri buatkan untuk yang mana belum ada. Ringkas- ringkas je aku edit. Tak terer macam orang lain. Macam biasa, sesuka hati aku kan~  Huhu.

Lepas ni, kena selalu bermuhasabah diri dan berusaha nak update ngan edit kat Wattpad la pulak. 

24.03.2021

Saturday, March 20, 2021

PUISI : 113. Dunia Persilatan

Silat itu pusaka bangsa..
Warisan berzaman tinggalan moyang dahulu kala..

Bukan cerminan bermegah diri..
Dipakai untuk menjaga diri..

Khurafat jangan sesekali didekati..
Taqwa menjadi pedoman diri..

Bersilat bukan gelanggang bertanding kuat..
Cukuplah menjadi medan pembakar semangat..

Dunia persilatan seeloknya dijelajahi..
Agar kau kenal ilmu seni bela diri..

Sayap persilatan kini melebar seluasnya..
Moga tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas hingga ke akhirnya.. 

         MekNina
#SiPengayatSukaHati

20.03.2021

Monday, March 15, 2021

DIARI : 26. Online Class a.k.a ODL

Sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac 2020, sebagai salah seorang pelajar IPTA semestinya aku telah merasai pengalaman belajar secara atas talian. Dua sem berturut- turut duk hadap laptop bertemu muka pensyarah dan rakan sekelas di alam maya. Line pulak asyik segan je. Kadang- kadang duk menyorok celah mana tak tahu. Geram!

Secara peribadi, agak banyak tekanan (huhu) yang dihadapi sepanjang Open & Distance Learning (ODL) tersebut. Lebih- lebih lagi semasa mula- mula nak adapt dengan situasi yang tak pernah dijangka ni. Pengalaman baru la katakan...

Aku ada tengok dan baca pengalaman- pengalaman yang dikongsi oleh para pelajar di laman sosial. Ada jugak kawan- kawan yang duk up status banyak- banyak sampai nak jadi titik- titik dah dia punya perkongsian. Memandangkan aku jugak masih bergelar student, jadi ada situasi yang betul- betul kena dengan diri aku. Ada juga yang tak relate tapi aku cuba untuk faham mereka. Itu la kan, lain orang lain situasi yang dihadapi.

Mana nak ikut arahan kerajaan dan kementerian lagi. Yang pastinya untuk kebaikan semua dengan seruan #KitaJagaKita. Masing- masing jugak duk kalut dengan apa- apa update dari KPT sejak awal PKP lagi. Sesungguhnya, beginikah memori aku untuk semester- semester terakhir? (Buat- buat tanya pulak)

Sebagai pelajar akhir tahun, siapa je yang tak nak habiskan sisa- sisa semester di kampus? Merasai pelbagai kenangan kehidupan pelajar kolej dengan kawan- kawan dan suasana kuliah yang kononnya sibuk ke sana- sini. Tapi tak mengapalah, menjaga nyawa semua lebih penting. Kita cuba elak risiko yang ada selagi termampu. Rasa terkilan tu ada weyyyy (huhu)...

Apapun, Alhamdulillah semuanya dah selesai. Aku dah tak perlu hadap ODL dah buat masa sekarang. Posting kali ni takde apa pun. Just nak bagitahu aku faham suka duka ODL atau PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) yang menjadi inisiatif pembelajaran zaman Covid-19. Akhir kata, harap adik- adik yang lain ok ye. Jangan jadi macam akak ni yang agak tak ok. Fighting!

Yang memahami,
Nina Z
Pelajar Tahun Akhir 2021.


PUISI : 112. Larikan Diri

Untuk seketika..
Aku perlukan ruang dan waktu..

Bertimpa- timpa bebanan perasaan telah datang menerpa..
Sering terpalit duka dan kecewa diiringi air mata..
Hingga penat emosi dan sesak melanda jiwa..

Biarkan waktu ini..
Aku bersendiri mencari kekuatan diri..

Selalu sahaja..
Aku cuba memekakkan telinga..
Tidak mahu mendengar kata- kata yang menyentap perasaan..
Sudahnya tetap terserap segala ungkapan dalam pendengaran..
Aku cuba membisukan mulut..
Tidak mahu membalas dengan penuh emosi..
Sudahnya berkecamuk dada dipenuhi rintihan monolog sendiri..

Kini..
Sedayanya aku cuba melarikan diri..
Menghindari segala yang tak kuingini..
Bukan pengecut, cuma inginkan ketenangan..
Walau untuk seketika, sudah cukup bermakna..

           MekNina
#SiPengayatSukaHati

15.03.2021
01:05

PUISI : 111. Belajar Berdikari

Akan tiba waktunya..
Aku perlu hidup berdikari..
Tidak lagi sepenuhnya bergantung di sana sini..

Bersendiri mungkin terasing sepi..
Anggaplah itu hanya mainan emosi..
Cuba bermuhasabah diri kembali..
Banyak sebenarnya yang bakal dipelajari..

Dugaan harian menjadi asam garam kehidupan..
Berjauhan dari keluarga tak ubah jauh perjalanan luas pemandangan..
Persekitaran baru seolah- olah mengajar untuk lebih berfikiran terbuka..
Suka dan duka di tempat orang itulah satu pengalaman yang berharga..

Berdiri di atas kaki sendiri..
Bukan semudah a,b,c..
Kentalkan jiwa, kuatkan emosi..
Semoga semuanya dipermudahkan Ilahi..

          MekNina
#SiPengayatSukaHati

15.03.2021
00:47


Friday, March 5, 2021

PUISI : 110. Pijak Kepala

Makin aku senyap..
Makin sedap kau naik lemak..

Makin aku berdiam..
Makin suka kau tunjuk belang..

Aku buat biasa anggap tiada apa- apa..
Kau tunjuk bisa sampai pijak kepala..

Adakah kau anggap aku tiada perasaan?
Sesuka hati kau datang membuat onar..
Aku bertahan daripada melayan..
Meskipun dah berkali- kali rasa tercabar..
Harapnya aku tidak hilang kewarasan..
Bimbang tak mampu lagi untuk terus bersabar..

Biarkan aku menghirup udara alam penuh ketenangan..
Jangan kau sengaja mencucuh api amarah sehingga diriku lebur terbakar..

       MekNina
#SiPengayatSukahati

05.03.2021

Wednesday, March 3, 2021

PUISI : 109. Normal Baharu

Bermulanya fasa normal baharu..
Segalanya berubah sejajar peredaran waktu..

Murid tidak lagi merasai kecohnya bersama rakan sekelas..
Bergurau senda sebaik sahaja pengajar hilang dari pandangan..
Pelajar tidak perlu lagi ke sana ke mari mencari bilik kuliah..
Tidak lagi dapat melepak bersama teman menghabiskan waktu antara kelas..
Kini, online class menjadi inisiatif terbaik..
Sebagai medan perjuangan menuntut ilmu pengetahuan..

Para pekerja tidak lari daripada terkesan..
Ada yang terpaksa mengambil cuti mahupun berhenti..
Lebih sadis, hilang pekerjaan kerana dibuang..
Work from home sudah menjadi sistem baharu..
Kerja tetap diteruskan demi kelangsungan hidup di hari mendatang..
Makin hari makin ada yang hilang mata pencarian..
Ada juga yang semakin berkurang sumber kewangan ..
Betapa besar impaknya, langsung tak pernah dijangka..

Gara- gara masalah global kini..
Bersemuka secara berdepan bukan lagi keutamaan..
Online meeting beralih menjadi perantaraan..
Memudahkan urusan perbincangan dalam memutuskan kata..
Program maya satu per satu mula dirangka..
Menjadi pengganti gerak kerja aktiviti sebelumnya..
Kecanggihan teknologi mula menjadi satu kepentingan..
Meskipun capaian internet masih belum memuaskan sepenuhnya..

Arahan duduk di rumah mula berkuatkuasa..
Bukan bertujuan mengurung atau menyekat kebebasan semua..
Sebaliknya untuk  memutuskan rantaian Covid-19 daripada terus merebak..
Dibenarkan keluar atas keperluan atau urusan penting..
Jika tidak, stay at home adalah sebaik- baik tindakan..

Aktiviti seharian sedikit sebanyak ada yang berubah..
Tak mampu berdiam diri..
Pelbagai perkara cuba dilakukan dan dikongsi..
Buatlah apa sahaja, asalkan tidak melanggar SOP..
Lebih- lebih lagi syariat agama yang perlu diperhalusi..

Ada yang terjebak menjadi pengguna aplikasi TikTok..
Sebagai hiburan melepaskan kebosanan..
Ada yang tak putus mencuba resepi viral..
Hari- hari memasak, hari- hari asyik makan..
Masakan tak menjadi, tidak lagi menggelabah keseorangan..
Terus dikongsi dalam FB page Masak Apa Tak Jadi Hari Ni?
Jadi tatapan untuk kritikan atau pengajaran..

Asyik menguyah mengisi masa lapang..
Sedar tak sedar, badan makin bertambah kembang..
Bila perasan, kesal mula bertandang..
Ada yang tidak segan kongsikan pengalaman..
Memuat naik gambar ke laman sosial dengan penuh kebanggaan..
"Penangan PKP!" atau "From this, To this" jadi luahan..

Wahai Covid-19..
Jika hendak dicerita berjela kisahnya..
Kau datang sebagai ujian..
Melanda dunia meninggalkan pelbagai kesan..
Lain individu, lain perasaannya..
Lain keluarga, lain masalahnya..

Keranamu Covid-19..
Tergendala segala gerak kerja..
Terpenjara segala kebebasan yang pernah ada..
Tertukar segala kebiasaan mengikut normal baharu..
Namun percayalah, ada hikmah yang tersembunyi..

Munculnya Covid-19..
Ada yang secara perlahan cuba menyesuaikan diri..
Ada yang tertekan sampai burnout..
Ada yang suka dan enjoy seperti biasa..
Ada yang rindu inginkan seperti dahulu..
Ada yang merungut tak kena segala benda..
Ada yang bersedih atas kesukaran yang melanda..
Ada yang tak berperasaan dan buat don't know sahaja..
Ada yang rileks kononnya berfalsafah follow the flow..

Hampir setahun berlalu..
Kita hidup berpandukan normal baharu..

          MekNina
#SiPengayatSukahati

03.03.2021
Puisi sesukahati menceritakan beberapa kenangan yang diperhati dan dirasai sepanjang PKP, PKPB, PKPP, PKPD, PKPKlahsendiri........

Tuesday, March 2, 2021

PUISI : 108. Manusia Bertopeng

Berselindung di sebalik topeng..
Menyembunyikan bermacam ekspresi..
Mungkin, sekilas pandang boleh diketahui..
Mungkin, berkali- kali diperhati tetap tak mampu dikenal pasti..

Ada yang berkata..
Hati- hati dengan manusia bertopeng..
Khususnya, manusia bertopengkan syaitan..
Mereka diibaratkan talam dua muka..
Depan belakang tak serupa..
Sikap buruk sebenar rupanya tersorok..
Di sebalik wajah dan tingkah yang terpamer..
Itulah kiasan yang punya makna tersirat..

Hakikatnya kini..
Topeng sudah menjadi satu keperluan..
Bahkan digalakkan sehingga menjadi kewajipan..
Bukan lagi kehendak semata- mata..

Wajah yang tidak bertopeng..
Itulah wajah yang mungkin terheret ke kancah masalah..
Bakal didenda kerana membuat salah..
Bakal dicerca kerana bersikap tak ambil endah..
Bakal menjadi mangsa jika tidak cakna..
Bakal menjadi punca tanpa sedar akan impaknya..

Topeng ini..
Bukan topeng kostum adiwira kegemaran ramai..
Bukan topeng yang popular dalam kalangan penjenayah..
Bukan topeng kartun atau badut yang menceriakan hati gundah..
Topeng ini..
Hanyalah pelitup muka..
Tetapi berguna demi kesejahteraan semua..

Akhir kata..
Bersamalah kita membendung penularan Covid-19!

         MekNina
#SiPengayatSukahati

02.03.2021