Tuesday, August 1, 2017

PUISI : 19. Kisah Novel

Jalan ceritanya..
Dialog perbualannya..
Kronologi hidupnya..
Ekspresi wataknya..
Itu cumalah khayalan..

Khayalan itu..
Lahir dari fantasi..
Si penulis yang bijak berimaginasi..
Lalu diolah melalui penulisan..
Dari sepatah kata..
Mula jadi satu ayat..
Lalu wujud berpuluh- puluh perenggan..
Sudahnya lengkaplah satu bab..
Melangkah pula ke bab seterusnya..
Makin diolah makin berjela..
Sampai satu tahapnya..
Berakhirlah dengan sebuah epilog..
Menampakkan tamatnya garapan itu..

Memang benar..
Kisah ini hanyalah rekaan..
Kisah novel cumalah bahan bacaan..
Imaginasi kadang terlalu tinggi..
Ada yang tidak logik..
Ada yang klise..
Ada yang menyentuh hati..
Ada yang tak mampu diterima pembacanya..

Namun sedarkah kita?
Pentas garapan itu ada benarnya..
Tercetusnya idea si penulis bukan sekadar anganan..
Malah melalui pendengaran, perhatian dan kajian..
Ditulis menceritakan pementasan kehidupan..
Berkait rapat norma masyarakat..
Menyamai juga kisah hidup tertentu..
Membuatkan ada yang berkata..
"Kisah hidup kau ni macam novel la."..
Hakikatnya adalah yang sebalik itu..

Kisah novel..
Jika tiada pernah wujud di alam realiti..
Tak mungkin terkisah cuma fantasi..
Ada juga berdasarkan kisah benar..
Kisah realiti yang jadi pengajaran..
Tapi penceritaannya direkakan..
Wataknya yang berbeza-beza..
Hero dan heroin pemegang watak utama..
Pengakhirannya juga boleh diteka..

Kisah novel..
Pelbagai unsur terselit dalamnya..
Serius, lawak, sedih dan sebagainya ada..
Ekspresi itu membuatkan hidupnya watak rekaan..
Si pembaca dapat menghayati sebuah penyampaian..
Liciknya si penulis memainkan perasaan..
Tak lupa juga..
Nasihat dan fakta menarik diselitkan..
Menyampai pesanan sebarkan pengetahuan..

Kisah novel..
Andai kau pembacanya..
Kau boleh hanyut dalam dunia rekaannya..
Tanpa sedar kau gelak sorang-sorang..
Kala sedih menangis sendirian..
Bila tak puas hati marah pula menguasai diri..
Tatkala dilanda asyiknya saat romantis..
Kau terbuai dalam senyuman..
Ibaratkan diri yang merasai..
Hingga ada yang berkata..
"Kalaulah aku yang ada di tempat dia."..

Lihatlah..
Kau pula yang beremosi..
Jangan sampai obsesi..
Mahukan kisah rekaan jadi kenyataan..
Dan kaulah pemegang watak utama..
Ingin kisah hidupmu jalannya sama..
Sedangkan mustahil jadi nyata..
Melainkan kebetulan saja..
Atau telah tertulis takdir itu dari Dia..

Biarlah hidupmu tidak seindah novel yang dibaca..
Asal bahagia menjalani hari-hari yang berlalu..
Boleh saja kau kisarkan hidupmu itu..
Abadikan segala momen yang ada..
Kaulah penulisnya..
Kaulah watak utamanya..
Kaulah pembacanya..
Maka itulah kisah benar lagi nyata..
Itulah jua kisah sebuah novel..
Novel tentang kisahmu sendiri!

         MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati



01.08.2017

No comments:

Post a Comment