Tuesday, August 1, 2017

DIARI : 8. Peringatan Semakan UPU

Saya dapat satu mesej. Mesej tu dari nombor ringkas tanpa penama.. Maknanya tak pernah di’save’.. Nombor tu dah pernah hantar mesej pada saya.. Tentang semakan konvo.. Insha Allah bulan sepuluh ni..  Bila dibuka, rupanya pasal SEMAKAN UPU UNTUK LEPASAN STPM/SETARAF BAGI SESI 2017/18.. Hurmm.. dah ada notis tuh! Semalam kawan ada tag saya kat komen hebahan UPU di FB.. Huhu.. Tak lama dah tu.. Lagi tiga hari.. Sebelum ni pon dah berapa kali masuk website UPU sebab nak konfem tarikh semakan..

Peringatan Semakan UPU bagi Lepasan STPM atau SETARAF


PERINGATAN: SEMAKAN UPU (LEPASAN STPM/SETARAF) SESI 2017/18 bermula pada 03 Ogos 2017 jam 12.00 tengah hari.

CARA SEMAKAN : 
1. Layari laman web UPU di  http://upu.mohe.gov.my/web/
2. SMS - Taip UPU RESULT (NOKP) & SMS 15888

Sekarang ni memang saya tengah tunggu keputusan nak masuk degree je.. Sebelum ni belajar pastu rehat lama dah ni.. Lebih setengah tahun jugak.. Alhamdulillah masa buat MUET sebelum dapat keputusan yang so-so (orang kata).. Tapi saya kata bolehhhhh lahh.. Rezeki.. Walau tak disangka tapi tetap lulus.. Pastu masa semakan panggilan temuduga pon alhamdulillah, dapat la satu tawaran panggilan temu duga.. Dugaan jugak nak ‘berjalan jauh’ masa bulan puasa hari tu.. Pergi sehari awal.. Lepas je habis interview kat IPTA tu, terus balik tempat penginapan.. Nak angkut barang- barang dan ahli keluarga yang kena tinggal.. Then, balik ke tempat asal.. Siapa cakap dugaan? Sebenarnya bagi aku itu kiranya rezeki la walaupun belum tentu berjaya.. Dapatlah pengalaman kena temu duga untuk sambung belajar.. Lagipun tu adalah bidang yang memang saya nak dan salah satu kos yang saya mintak.. Cuma nak berharap lebih- lebih tu tak boleh.. Takut kecewa menangis sorang- sorang pulak.. T__T

Untuk semakan keputusan UPU kali ni, saya tak tahu nak gambarkan macam mana.. Nak kata berdebar tu tak de pulak. Nak kata teruja macam melampau.. Tapi mungkin biasa- biasa je.. Macam teruja + berdebar + buat rileks je.. Cuma ikut je apa keputusan nanti.. Segala usaha dah buat walau mungkin tak sepenuhnya.. Apa yang diarahkan alhamdulillah dapat diselesaikan.. Berdoa tu memang inisiatif orang islam.. Tak perlu nak takbur sampai lupa minta pada Allah agar dipermudahkan segala urusan.. Kita hambaNya.. Mintalah pada Dia.. Lagipon nak pergi menuntut ilmu ni adalah lebih baik dengan keberkatan dari Dia..

Saya cuba tekadkan dalam hati.. Bila tengok keputusan nanti cuba untuk reda.. Terima dengan seikhlas hati.. Mungkin ada hikmahnya.. Kalau dapat, Alhamdulillah.. Kalau tak dapat pon, jangan terus meratap.. Sedih tu perlu sebab manusia ada perasaan.. Tapi mungkin ada jalan lain yang Allah simpankan untuk kita.. Rayuan pon masih boleh dibuat.. Jalan hidup lain pula banyak yang terbentang.. Cuma diri sendiri je yang suka prasangka negatif.. Sepatutnya cuba untuk maju ke hadapan.. Jangan terus berhenti di pertengahan jalan hanya kerana landasannya keluar dari destinasi yang ingin ditujui.. Saya faham jika kita bersedih.. Kalau saya sendiri pon tidak mahu parents yang kecewa sebab nak tengok anak dorang sambung belajar.. Lebih- lebih lagi bila dah lama menunggu.. Ibarat menunggu buah gugur pulak rasanya..

Tapi kan.. Kalau dalam banyak- banyak senarai yang saya letak tu.. Dapat pula kos dan tempat yang saya nak.. Macam mana rasanya? Pastilah rasa bahagia je.. Itu kalau BERANGAN.. Boleh la.. Hehe.. Berangan tu memang la mainan aku..

“Sabarlah Nina.. Insha Allah ada tempat buatmu..”

N.I.N.A
[01.08.2017]

No comments:

Post a Comment