Tenang wahai pemuda..
Tenanglah si anak dara..
Bertenanglah semua..
Aku masih keliru..
Kenapa segalanya huru- hara?
Hanya gara- gara cinta..
Aku masih tertanya..
Begitu hebatkah kuasa sebuah cinta..
Andai kerananya ada yang berubah..
Ada pula tersungkur rebah..
Ini apa yang kudengari..
Cinta itu mampu membuta tuli..
Cinta itu mampu mengeraskan hati..
Cinta itu mampu hilangkan kewarasan diri..
Apa betulkah semua ini?
Sungguhku tak mahu yang sebegini..
Ada juga kudengar sebaliknya..
Cinta mampu memberi inspirasi..
Cinta mampu mendamaikan hati..
Cinta mampu menguatkan semangat diri..
Apakah ini sering terjadi..
Andai benar biarlah saja begini..
Gara- gara cinta..
Manusia kehausan mencarinya..
Cinta itu tetap saja ada..
Bertunjangkan nafsu binasa ada..
Bertopengkan rupa fizikal ada..
Berlandaskan material semata ada..
Bersalutkan kepalsuan juga ada..
Berunsurkan fitrah sejati itu di mana?
Berpaksikan setia itu di mana?
Berikrar demi Ilahi itu di mana?
Cinta manusia saja tidak mencukupi..
Andai cinta hakiki tidak disanjungi..
Usah menggagungkan cinta dua insan..
Andai tidak pernah memuja cinta Sang
Tuhan..
Bimbang terkandas kerana satu rasa..
Mula mengemis cinta Dia..
Semuanya gara-gara cinta..
Moga aku dan engkau mendapat cinta sejati..
Dan tidak melupakan cinta yang hakiki..
Cinta dari Tuhan Ya Rabbi..
MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati
02.08.2017
No comments:
Post a Comment