Monday, October 5, 2020

DIARI : 24. Jiji aka GG - Kucing sakit

Jiji.. GG.. Sedih bila teringat kat dia.. Tak pasal- pasal aku menangis.. Dia sakit... Sakitttt sangat.. Angkara musang 'durjana'.. Si kucing comel menjadi mangsa..

Aku tak boleh lupa nanah dia yg mengalir sampai ke lantai.. Aku lap dengan penuh emosi.. Awalnya nanah itu disangka muntah.. Dia juga menjilat badan yang terkena lelehan nanahnya.. Sudah tembus badan dia.. Ternampak isi dalamnya..

Aku tak boleh lupa rasa tulang badan dia.. Dia dah semakin kurus.. Sangat kurus.. Sebelum ni dia yg cepat membesar daripada Kiki. Sebab tu nama dia GG sempena gelaran Gemuk.. Nama yg diberi oleh adik aku.. Perut yang begitu bulat dan nampak lucu.. Dialah yang banyak makan tapi kini tak lagi.. Sikit pon susah untuk dijamah..

Aku tak boleh lupa kemanjaan dia.. Saat dia perlahan- perlahan naik ke atas pangkuan aku yang bersila depan dia.. Satu kaki dia sakit.. Luka yang agak besar dan isi.. Jalannya terhencut- hencut bertongkatkan kaki yang lain.. Dulu dia tak semanja kini.. Orang pegang sekejap, kemain mahu loloskan diri pergi bermain ikut suka hati..

Aku tak boleh lupa bagaimana aktifnya dia dlu.. Segala benda dia nak main.. Segala benda dia nak kejar lagi- lagi lipas.. Dia suka sangat main- main dengan alas kaki kat dapur.. Sampai tergolek- golek badan dia dalam lipatan alas kaki.. Setiap masa asyik kena betulkan alas kaki, sampai umi pon dah banyak kali tegur GG.. Tapi dia tetap ralit melompat- lompat dan menikus kat alas kaki tu.. Kadang- kadang orang hampir terpijak dia sebab syok baring kat situ.. Tapi kini tak lagi.. Dia dah senyap dan banyak berdiam diri.. Tak lagi bermain sebegitu..

Aku tak boleh lupa akan kekuatan dia.. Sering saja dia berlawan dengan si Kiki yang lebih kecil, jadi pastilah Kiki akan mudah terperangkap di bawah dia.. Sampai terkapai- kapai si Kiki ingin melawan dan melepaskan diri.. Itulah yang berlaku tiap kali Kiki geramkan ekor panjangnya dan dia diterkam dalam diam.. Penyudahnya Kiki tewas.. Tapi kini tak lagi.. Kiki bergurau, Kiki usik ekor, tapi GG hanya biarkan..

Aku tak boleh lupa.. Bulatnya mata dia.. Nampak menarik dengan perwatakannya yang aktif.. Kadang wajah dan badannya mengingatkan aku pada si Milu, bapanya.. Tapi kini tak lagi.. Mata itu makin tak bercahaya.. Selalu terpejam dan tak bermaya.. Wajah yang suram, badan yang semakin lemah..

Aku doakan kau sembuh Jiji aka GG aka Gemuk yang sangat kurus kini.. (Kat plastik ubat dia, tertulis nama Gigi. Apa- apa je la Ji..) Hurmmmm.. Sedih..

05.10.2020

No comments:

Post a Comment