Tidak lagi pemurah, tetapi bukan juga kedekut..
Ukirkannya mudah..
Tapi, manisnya berkurang..
Terasa kelat..
Ke mana perginya..
Seakan menghilang segala seri..
Aku sendiri tak pasti..
Aku senyum..
Tapi hati tiada rasa..
Seolah- olah aku dipaksa..
Mengalahkan rasa kebas di pipi..
Kejung dan tertahan- tahan..
Bagaikan sakit mencucuk- cucuk di rahang..
Padahal, aku sendiri benar- benar mahu mengukirkan senyuman..
Yang manis lagi berseri..
Yang indah lagi menawan..
Mungkinkah kerana dalamanku banyak terluka?
Hingga terlupa rasa manisnya senyuman bak gula- gula..
Hanya yang benar teliti mampu merasai..
Senyumanku bukan lahir dari hati..
Bukan kerana tiada keikhlasan..
Tapi aku senyum dalam kepedihan..
Bukan kerana tiada keramahan..
Tapi aku senyum dalam kerapuhan..
Senyumanku..
Mampu mengaburi kelukaanku..
Tapi makin lama, ia makin menghilang..
Hampir terlihat beku ekspresi di wajahku..
Sedaya upaya aku cuba cairkan hati yang memandang..
Senjatanya pastilah ukiran ulahan bibir ini..
Biar hilang segala walang..
Walaupun ia hanyalah wayang..
MekNina
#SiPengayatSukahati
25.10.2020
01.06 PG
No comments:
Post a Comment