Friday, October 9, 2020

PUISI : 96. Akhirnya Tersingkap

Telah lama aku mencari tahu..
Tentang dirimu yang tak mampu aku jejaki..
Hingga akhirnya aku menjadi buntu..
Lalu pasrah bersalutkan kecewa di hati..

Tahun demi tahun telah berganti..
Tetap jua kau bersembunyi..
Seolah tahu aku bakal mencari..
Kau kunci dirimu dengan begitu rapi..
Di sebalik tembok yang tak mampu perhati..
Apatah lagi untuk ditembusi..

Aku tidak mengalah..
Kerana hatiku tetap berkeras..
Aku tetap mencuba..
Hingga akhirnya aku yang tewas..
Tewas pada emosi sendiri..
Terkejut, sedih dan gembira bercampur sekali..
Apabila ianya bukan lagi bisikan harapan..
Tetapi realiti yang muncul di pandangan..
Tiada lagi persembunyian..
Kau sudah ketahuan..

Akhirnya tersingkap..
Kau sudah mampu aku jejaki..
Cuma aku pula yang tak mampu mendekati..
Cukuplah sekadar tahu kau masih di sini..
Dari jauh aku jadi pemerhati..
Tanpa kau tahu aku setia begini..

           MekNina
#SiPengayatSukahati

09.10.2020
03:17 PG

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨
Akhirnya.......... @




No comments:

Post a Comment