Kuat dan padu, seperti digam UHU..
Tak semua perkara ingin aku kenang..
Ada yang cuba aku buang..
Tapi sayang, ia bagaikan bayang- bayang..
Tiap masa mengekori meskipun diusir pergi..
Tiap masa memunculkan diri meskipun tak diingini..
Pergilah engkau, wahai secebis kenangan..
Aku buang bukan kerana aku kejam..
Tapi aku tak mahu terus hanyut oleh kisah silam..
Cukuplah memori yang meninggalkan pelbagai kesan..
Hingga aku terkadang rapuh untuk terus bertahan..
Biarkan aku melangkah ke hadapan..
Dengan tenang dan dalam senyuman..
MekNina
#SiPengayatSukahati
31.10.2020
No comments:
Post a Comment