Monday, December 25, 2017
DIARI : 22. Genap 21 Tahun
Friday, December 8, 2017
Sunday, November 26, 2017
PUISI : 29. Kuatkah Dikau?
Dia sahabatku..
Kami bertemu awal sem satu..
Sama- sama menjalani ujian ROTU..
Ketika itu..
Di mana dia pasti ada aku..
Kami budak diploma..
Bidang sama program sama..
Cuma takdir pasti berbeza..
Kelas kami tidak serupa..
Sahabatku..
Sungguh aku merindu..
Saat- saat bersama denganmu..
Wajah ceriamu..
Gelak tawa bahagiamu..
Bicara mesramu..
Masih ada diingatanku..
Sungguh aku tak menyangka..
Dalam waktu yang jarang kita bertemu..
Baru aku mendapat tahu..
Rupanya kau diduga oleh Dia.. (Innalillahi wa innailaihiraajiuun)
Sahabatku, kuatkah dikau?
Datangnya penyakit menimpa dirimu..
Entah apa puncanya tidak ku tahu..
Tapi mesti terukkan sabahatku?
Kerana tak mampu lagi kau teruskan perjuangan..
Untuk bergelar mahasiswa yang sibuk di alam pengajian..
Tiada lagi hostel menjadi kediaman..
Yang ada hospital menjadi tempat tinggal..
Kau terpaksa ditahan bagi mendapatkan rawatan..
Dan berjuang untuk sebuah kehidupan..
Kuatkah dikau, sahabat?
Andai awalnya banyak masa kita luang bersama..
Makin lama makin kurang waktu buat kita..
Apatah medan ROTU kau tinggalkan..
Sedang kita dalam satu pasukan..
Dan sering dijadi bahan gurauan..
Oleh staf markas tempat latihan..
Bila aku dilihat bersendirian..
Pasti ditanya ke mana kau yang sering jadi peneman..
Akhirnya..
Sudah tiada lagi waktu yang jarang itu..
Bahkan kita mula terputus hubungan..
Ooo.. aku mula kerinduan..
Dulu kita saling berkongsi cerita..
Pastu gelak bagai tak ingat dunia..
Kau tahukan aku suka drama dari Siam?
Bila kau minta aku berikan..
Aku suka bila kau juga melayan..
Tambah- tambah kita saling berkongsi kegemaran..
Lama sudah masa berlalu..
Wajah dan keadaanmu tiada di depan mataku..
Namun masih dalam pengetahuanku..
Itupun kerana media sosial jadi perantaraan untukku..
Maafkan aku..
Aku mengaku yang aku bukan kawan yang terbaik..
Jarang sekali bertanya keadaanmu..
Tak pernah sekali pergi melawatmu..
Malah, bagai boleh dihitung jumlah sapaanku..
Sungguhlah aku tidak mampu jadi teman setia..
Yang setia di setiap susah senang bersama..
Namun satu yang aku tahu..
Aku sayang pada sahabatku..
Tabahlah sahabat..
Aku tahu kau kuat..
Dan aku tahu kau sentiasa cuba untuk tersenyum..
Dan aku bagai mampu selami kesedihanmu..
Biarpun aku tahu aku tak mampu merasai setiap kesakitanmu..
Moga ada hikmah yang tersirat..
Moga kau kembali sihat walafiat..
Dan..
Moga kasih kita bertaut erat..
MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati
*Nukilan puisi khas dituju untuk sahabat yang pernah bersama- sama di alam pengajian diploma namun terpaksa berhenti kerana diberi ujian masalah kesihatan..
26.11.2017
Friday, November 17, 2017
PUISI : 28. Kembali KepadaNya
13 November 2017..
Itulah tarikhnya..
Tanpa diduga..
Berita duka diterima..
Rupanya satu kenyataan..
Disebar oleh rakan- rakan..
Sebagai tanda pengumuman..
Yang penuh kejutan..
Kau yang memberi ilmu..
Kau juga pembimbingku..
Kau jua ibarat penjagaku..
Terima kasih atas didikanmu..
Atas segala kata nasihatmu..
Dan perhatian buat semua anak didikmu..
Dijemput pulang oleh Yang Maha Esa..
Al- fatihah ku hadiah diiringi doa..
Moga kau tenang berada di sana..
Dari Dia kita datang..
Kepada Dia kita kembali..
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati
Friday, November 10, 2017
DIARI : 21. Istiadat Konvokesyen UiTM ke-87
Setelah dua tahun setengah berada di alam institut pengajian tinggi awam, akhirnya secara rasmi saya telah menjadi graduan lepasan diploma.. Pada 2 November 2017 yang lalu, iaitu hari yang menjadi salah satu momen manis buat diri saya kerana Istiadat Konvokesyen UiTM Kali 87 telah sempurna diadakan di UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun.
Bagi saya, untuk berjaya bukan sekadar datang dari hasil atas usaha sendiri tapi turut disokong oleh bantuan orang lain. Oleh itu, saya amat berterima kasih buat semua kenalan dan insan sekeliling yang hadir dalam hidup saya untuk segala bimbingan, tunjuk ajar, dorongan dan yang paling utama adalah doa. Terima kasih semua walau dari kejauhan.
Raptai diadakan pada 31 Oktober 2017. Jadi, saya ada dua hari untuk bergambar pre-konvo. Huhuhu. Lepas habis cipta memori dengan kawan- kawan, saya cipta kenangan dengan keluarga pulak. Sorang- sorang pon banyak. Kawasan pantai yang ada berdekatan kampus jadi pilihan. Kalau ikutkan banyak lagi tempat- tempat yang saya nak pergi untuk bergambar tapi tak sempat sebab lepas raptai tu saya ikut famili balik rumah. Terpaksa la kami ulang- alik Kelantan - Terengganu sebab ada adik- adik yang masih bersekolah.
Kalau di Universiti Teknologi MARA, antara kejayaan atau gelaran yang paling dibangga adalah Anugerah Naib Canselor (ANC). Anugerah ini diberi untuk graduan yang berjaya memperoleh nilai purata 3.5 ke atas atau mendapat anugerah dekan untuk semua semester. Saya tidak pernah berharap namun pernah berniat untuk mendapat anugerah ini. "Boleh la pakai selempang pink!", ibarat kata- kata yang datang dari kawan- kawan UiTM dulu. Hahaha.. Punya la diorang menaruh harapan terhadap saya. Namun apakan daya, saya yang memusnahkan harapan mereka. Bukan rezeki saya nampaknya apabila pada semester keempat saya mengalami zaman kejatuhan. Kerana satu semester, ANC terlepas dari genggaman. Tapi tak mengapa, lek ar..
Sempena hari konvokesyen itu, saya agak terharu kerana semua ahli keluarga ada. Kedua- dua ibu bapa saya dan semua adik- beradik datang meraikan. Malah saya dapat bunga. First time tau! T_T Bunga matahari warna- warni yang hidup pulak tu. Tapi sayangnya, saya terpaksa tinggalkan bunga tu kat rumah. Sebabnya agak sukar untuk saya bawa ke kampus. Rindu la pula kat si Sunshine. Apa khabar entah dia tu. Dah layu ke??? Hehehe..
N.I.N.A
[10.11.2017]
Thursday, October 19, 2017
PUISI : 27. Damai Kembali
Kami rapat serapat- rapatnya..
Bergurau mesra..
Saling mengada- ngada..
Kami renggang serenggang- renggangnya..
Bertikam lidah..
Saling mengata- ngata..
Itulah perhubungan kami..
Ada pasang dan ada surutnya..
Ibarat pantai yang sering dilanda badai..
Apapun keadaannya..
Kami tetap bersama..
Kerana pertalian yang terbina..
Tak mampu terlerai begitu saja..
Bukankah kami ini seibu sebapa?
Tak akan terputus ikatan saudara..
Bila renggang..
Kami rapatkan..
Andai bersalah..
Kami bermaafan..
Jika keruh..
Kami jernihkan..
Benar..
Sering sahaja bermasam muka..
Tak puas hati wujud sentiasa..
Tapi kami saling bertimbang rasa..
Agar terlerai segala sengketa..
Akhirnya kembali damai semula..
Maka..
Kami saling bermanis muka..
MekNina
#SiPengayatSukaHati
19.10.2017
Sunday, October 1, 2017
PUISI : 26. Tiada Disangka
Perit..
Tiap kali ia berdenyut aku perit..
Denyutan itu denyutan kesakitan..
Yang aku rasai secara tiba- tiba..
Bagai ditikam benda yang tajam..
Tatkala itu jua..
Sekelip mata ia menghilang..
Pedih..
Tidak sekali malah berkali- kali..
Sering saja pedih mendatang..
Aku tersentak kesakitan..
Diri mula gelisah dalam kerutan..
Sedih..
Kerana kesakitan yang mendalam..
Aku bagai tak mampu bertahan..
Akhirnya mengalir permata kelukaan..
Jadi tanda diri yang kesakitan..
Mula lemah dilanda kesedihan..
Mulanya aku anggap ia biasa..
Mungkin itu refleksi dalaman yang terjadi..
Aku juga sering bercerita..
Hanya yang tertentu bukan pada semua..
Katakan bahawa dilanda sedikit derita..
Namun respon tak seindah mana..
Lalu aku biar diri keseorangan..
Tiap kali rasa itu mendatang..
Akulah yang kesedihan..
Tanpa disangka..
Bila diperiksa..
Rupanya ada yang tidak kena..
Dulunya disangka biasa saja..
Rupanya luar dari yang biasa..
Itulah yang dikata..
Tidak semua mampu dijangka..
MekNina
#SiPengayatSukaHati
30.09.2017
Saturday, September 16, 2017
PUISI : 25. Angkara Khianat
Luluh hati ini..
Mendengar jeritanmu..
Melihat saat itu..
Aku bagai terpaku..
Biar cuma di alam maya..
Aku cuba teroka bagaikan alam nyata..
Ku hanya melihat kenangan terakhir itu..
Kenangan yang begitu mengguris jiwa..
Sedang air mata menitis dalam esakan..
Wahai insan- insan yang terpilih..
Aku tahu sakitnya saat terakhir kalian..
Berada dalam api yang menjulang..
Letupan dan desiran yang menyakitkan pendengaran..
Terperangkap tanpa bantuan..
Percikan demi percikan kau rasakan..
Diri tak sudah mengharapkan pertolongan..
Moga kesakitan itu..
Kesakitan dunia yang sementara..
Moga di akhirat kalian terbela..
Dengan izin dariNya..
Sungguh tiada ku sangka..
Hanya kerana tidak bersefahaman..
Kalian jadi korban..
Sungguh kejam ku rasakan..
Langsung tak terduga dek fikiran..
Sanggupnya perbuatan itu mereka lakukan..
Perbuatan khianat yang keterlaluan..
Hingga sukar untuk dimaafkan..
Aku harap hidayah itu milik mereka..
Dari manusia yang bertopengkan syaitan..
Mula berubah ke arah kebaikan..
Umpama manusia berkelakuan malaikat..
Walau agak mustahil..
Allah mampu laksanakan..
Tika itu..
Azan subuh kedengaran..
Itulah jua waktu terakhir kalian..
Sudah tersurat ketentuan..
Dunia ini kalian tinggalkan..
Kembali kepada Sang Pencipta..
Moga kalian bersemadi dengan tenang..
MekNina
#SiPengayatSukaHati
Tuesday, September 12, 2017
PUISI: 24. Dari Jauh
Sunday, September 3, 2017
DIARI: 14. Hari TERAKHIR Aku
Sunday, August 27, 2017
DIARI: 13.2 Online Banking ISLAMIC Bank
Cara- cara Mendaftar Perbankan Internet Akaun Simpanan Bank Islam
Saya tak pasti langkah sebenarnya macam mana.. Tapi apa yang saya dapat maklumat melalui pengalaman- pengalaman orang lain, kena pergi ATM dulu.. Masuk kad --- Nombor pin --- Bank Islam -- Lain- lain ---- Perbankan Internet..
Semasa saya pilih perbankan internet, saya tengok ada pilihan untuk kemas kini nombor telefon.. Ooo.. Kat sini rupanya.. Dah lama cari.. Dulu- dulu waktu tak nak kemas kini, boleh pula jumpa.. Hari tu, masa nak kemas kini sebab tukar nombor telefon, tak jumpa pulak.. Huhu.. Jadi, saya pon masukkan la nombor telefon saya..
Lepas dah settle, boleh keluarkan kad dan balik.. Lepas tu, saya masuk laman web Bank Islam untuk mendaftar perbankan internet..
1. Masuk laman web
2. Pilih 'First time user'
3. Baca terma & syarat serta nyatakan persetujuan
4. Klik 'Bank Islam ATM/ debit card'
5. Masukkan nombor kad yang tertera pada bahagian hadapan kad debit Bank Islam & masukkan nombor PIN ATM
6. Isikan maklumat
7. Isikan perkataan dan pilih gambar untuk langkah keselamatan
8. Lengkapkan soalan beserta jawapan rahsia
9. Hantar
Alhamdulillah.. Selesai! Bila masuk mesej dari nombor pihak Bank Islam kepada nombor telefon yang telah anda daftarkan, secara automatik ANDA SUDAH BERJAYA MENDAFTAR!
Yeay.. Dah boleh login masuk akaun perbankan internet.. Masukkan ID PENGGUNA seperti yang didaftarkan.. Lengkapkan pertanyaan langkah keselamatan.. Masukkan NOMBOR PIN/ KATA LALUAN seperti yang didaftarkan dalam borang maklumat.. Bila dah selesai, anda berjaya masuk ke akaun online banking anda sendiri..
Segala yang berkaitan urusan transaksi keluar masuk duit dan pembayaran sudah boleh dilakukan sekadar di hujung jari.. Hehe..
N.I.N.A
[27.08.2017]
DIARI: 13. Online Banking Islamic Bank
Kisah Mendaftar Perbankan Internet Akaun Simpanan Bank Islam
Kisahnya.. awal- awal pagi lagi saya pergi Maybank dengan abah.. Niat di hati nak aktifkan akaun Maybank2u Premier yang baru didaftar sebelum ni.. Bahagian kaunter belum buka waktu.. Ramai orang tengah tunggu kat luar.. Yang ada kat dalam pon ramai.. Tapi dorang tengah beratur nak guna ATM ngan CDM.. Saya pon nak gi ATM sebab nak keluarkan duit untuk deposit RM 500 tu..
Abah tak turun, terus tinggalkan.. Saya agak dia gi cari parking.. Masa lalu nak masuk dalam tu segan jugak.. Kan ada ramai orang sepanjang laluan di bank tu, ada pulak akak², abang², adik², pak cik² dan mak cik- mak cik² yang pandang- pandang.. Yang tak pedulikan tu ok laa.. Huhuhu..
Bila masuk, saya beratur kejap.. Tak lama lepas tu dah boleh guna ATM dan selesai keluarkan duit.. Baru je siap dan berura-ura nak cari ruang untuk menunggu bahagian kaunter sebelah tu buka, tiba-tiba saya ternampak di sebalik pintu dan dinding kaca ada orang berpusu- pusu masuk dalam bank.. TING!!! "Dah buka kot!", minda saya berbicara.. Terus kepala terteleng melihat ke arah kaunter kecil yang berdekatan.. Hehe, dah buka laa.. Penghadang kaca tengah terbuka naik ke atas..
Waktu tu semua macam pakat berebut nak beratur.. Ada yang kalut nak masuk line mesin nombor giliran.. Ada juga yang nak masuk line kaunter pertanyaan dan bantuan depan tu.. Aku pon pening tengok orang- orang depan ni.. Huhu.. Tapi aku pilih beratur kat kaunter sebab nak buat pertanyaan dulu..
N.I.N.A
[27.08.2017]
Thursday, August 24, 2017
DIARI: 12.2. Akaun Semasa MAYBANK (2)
- perlu 6-16 aksara
- perlu melebihi 8 aksara
[24.08.2017]
DIARI: 12.1. Akaun Semasa MAYBANK (1)
Kisah Awal di Sebalik Pendaftaran Akaun Semasa Maybank
Susah! Agak susah bila berurusan jual beli tanpa ada perbankan internet.. Asyik ulang alik pergi atm.. Sebenarnya, sudah hampir lebih setengah tahun saya terlibat dengan jual beli atas talian atau dikenali dengan 'online business' atau bahasa mudahnya 'dropship'..
Bukan tiada keinginan untuk membuka akaun online banking, tapi agak terbatas.. Sebelum ni, saya dah pernah pergi cawangan Maybank berdekatan untuk membuka akaun Maybank.. Saya belum mempunyai akaun Maybank.. Lagipun kebanyakan pelanggan yang berurusan dengan saya asyik bertanya tentang nombor akaun Maybank untuk memudahkan urusan mereka.. Kesian jugak tu! Jadi, saya ajak adik saya teman ke bank memandangkan dia juga mahu membuka akaun simpanan..
Saya tidak mempunyai pengetahuan terperinci tentang cara nak buka akaun Maybank ni.. Ada juga google search sedikit sebanyak untuk memudahkan urusan saya.. Malangnya, semasa di bank barulah saya tahu kalau nak buat transaksi untuk bisnes adalah lebih baik buka akaun semasa.. Jadinya, transaksi keluar masuk duit untuk akaun semasa boleh dilakukan banyak kali berbanding akaun simpanan.. Apa yang saya faham semasa bercakap dengan pihak bank, jika asyik berurusan guna akaun simpanan melebihi had, akaun tersebut akan diblok.. Saya pon tak pasti betul ke tak info yang saya bagitahu ni.. Maaf andai tersalah..
Waktu tu, staf yang berurusan bagitahu, untuk membuka akaun simpanan kena ada deposit RM 250.00 manakala untuk akaun semasa ialah RM 500.00 .. Saya cuma ada RM 200.00 lebih, manakala adik saya ada cukup-cukup RM 250.00.. Terpaksa la saya lupakan hasrat saya kejap sebab tak bawa duit lebih.. Tapi adik saya tetap buka sebab dia nak buka saving account je.. So, cukuplah duit tu..
Disebabkan itu, asyik tertangguh je hasrat saya nak buka akaun.. Sampai la sekarang, baru tekad nak selesaikan niat yang tertangguh.. Cuma agak susah sedikit bila waktu kerja.. Masa terhad.. Waktu saya pergi dengan adik hari tu pon ambil masa yang agak lama.. Kalau berdiri, memang penat laa citer dia..
BERSAMBUNG..
N.I.N.A
[24.08.2017]
Tuesday, August 22, 2017
DIARI : 10. Gagal UPU? (2)
"Gagal sekali bukan beerti gagal selama-lamanya!"
Hai.. lama juga saya ambil masa nak sambung kisah gagal UPU ni ye..
Dah la hari ni keputusan rayuan dah boleh disemak.. Erkkk!
Okey, waktu saya masuk bilik tu.. Berderailah permata.. hehe.. Pastu terus rasa nak rehatkan diri kejap.. Bukan la nak tidur tapi nak cari balik ketenangan yang dah terbang melayang.. Tapi still tak rasa ok.. So, sy decide baik settle yg wajib dulu baru lega sikit.. Solat Zohor ditunaikan dan diikuti dengan solat sunat.. Waktu ni la saya mohon kekuatan Dia.. Saya tak kuat.. Saya juga ada perasaan.. Siapa tak kecewa? Keinginan itu tersekat tanpa saya laksana..
Alhamdulillah, saya makin tenang dan boleh terima apa yang tersurat.. Mungkin ada hikmahnya.. Dan mungkin ada jalan yang lebih baik untuk saya.. Kalau tidak silap saya, lepas waktu tu saya ambil masa untuk tidur.. Walau diri nampak tenang namun percayalah minda tak mampu tinggal diam.. Tetap mahu berfikir itu ini hingga akhirnya saya mungkin akan rasa berserabut..
Nasib baik rayuan masih boleh dibuat.. Bila saya nak kemas kini permohonan, saya cuba fikir balik kursus yang mungkin betul- betul sesuai dengan kelulusan yang ada dan juga minat serba sedikit.. Tak terlalu memilih, cukup sekadar melepasi syarat dan berguna untuk saya.. Agak susah untuk buat pilihan yang terbaru ini tapi saya minta Allah permudahkan dan semoga pilihan itu yang terbaik untuk saya.. Jika sebelum ini ada 8 pilihan untuk diisi tapi untuk rayuan ni 4 sahaja
N.I.N.A
22.08.2017
DIARI: 11. Rayuan UPU (1)
22 Ogos 2017.. Merupakan tarikh yang dinanti- nantikan oleh golongan macam saya iaitu golongan yang membuat rayuan bagi permohonan masuk ke IPT..
Kisah saya untuk hari ini berkait dengan keputusan rayuan UPU memandangkan hari ini adalah penentuan sama ada saya berpeluang untuk sambung belajar atau tak.. Semenjak dari awal semakan UPU sebelum ini, memang saya cuba didik hati saya untuk kuat menerima apa saja keputusan yang saya dapat.. Saya akui bukan senang tapi saya fikir ini adalah jalan yang ditentukan Allah dan juga rezeki itu boleh saja berpihak kepada sesiapa..
Lepas isi permohonan rayuan, saya takde rasa gementar ke apa.. Cuma saya fikirkan masa depan yang entah macam mana jalannya.. Lurus ke bengkok? Senang ke susah? Tapi saya cuba bertenang dan jalani hidup macam biasa.. Doa memang tak putus.. Moga Allah buka jalan yang terbaik untuk saya.. Bila ditanya sesiapa, saya tetap tenang.. Alhamdulillah, bagi saya itu tandanya mereka ingat kepada saya..Terima kasih buat keluarga, saudara mara, kawan-kawan, tenaga pengajar dan seluruh kenalan yang sudi bertanya khabar dan memberi kata-kata semangat.. Terutamanya mendoakan yang terbaik untuk saya selama ini.. Moga Allah membalas segala kebaikan untuk anda semua.. Ok, saya terharu! Huhuhu..
Berbalik pula kisah hari ini.. Kisah yang mungkin agak mendebarkan untuk kali kedua.. Hehe.. Macam dejavu pula kan.. Berada dalam keadaan yang sama untuk kali kedua.. Hari ni saya punya kerja habis awal.. Stok dah takde, jadi kerja pon takde.. "Yeay, balik awal!" Hehe.. Ni lah antara reaksi saya dan partner kerja a.k.a sepupu bila habis kerja awal.. Nampak sangat tak ikhlas.. Ehhh.. Mana ada! Siapa tak suka kerja siap cepat kan.. 😂
Waktu tu belum pukul 12 tengah hari lagi.. Jadi saya belum boleh semak lagi.. Berjalanlah saya pulang ke rumah yang hanya beberapa jengkal jaraknya setelah ber'bye-bye' dengan my coworker.. Hehe.. Masa sampai tu pulak, umi dah start tanya.. Tapi tak pukul 12 tgh hr lg.. So, sy jawab belum boleh cek lagi.. Aippp.. Dah start menggelabah la tu.. Saya pula guna masa yang ada untuk balas conversation dengan seorang customer.. Tapi otak tengah fikir pasal nak semak UPU.. 😅 Nasib baik dapat handle elok-elok.. Waktu tu juga saya ditanya bnyk soalan.. Hehe.. Berselirat kejap otak bila bnyk fikir ni.. So, kurangkan terlampau memikir sesuatu perkara kalau tak nak stress!
Bila kusyuk bersoal jawab, baru saya teringat niat asal nak cek UPU.. Lagipon umi tengah tak sabar tu.. Mulanya nak masuk laman web je tapi apalah nasib, data internet baru je tamat semalam.. Tggal yang nyawa2 ikan je.. Nak whatsapp boleh la.. Tapi bila masuk google, hurmm.. loading yang TER/AMAT SANGAT.. Haaa.. ambik kau! Tatabahasa pon hancur sebab terlebih guna kata adjektif.. Jadi, saya decide SMS je.. Taip la UPU RESULT (NO KP) dan hantar ke 15888..
Tunggu punya tunggu.. Masuk la satu pesanan ringkas..
Bersambung..
N.I.N.A
22.08.2017
Wednesday, August 9, 2017
PUISI : 23. Saksi Bisu
Hidup seorang insan..
Dihujani pelbagai dugaan..
Dibadai gelora ujian..
Dalam sebuah rumah..
Dihuni sebuah keluarga..
Tiada siapa yang tahu apa menimpanya..
Hanya melihat luaran..
Disangka hidup aman..
Rupanya tidak tenteram..
Di sebalik teguhnya lapisan bongkah batu bata..
Di bawah redupnya lapisan atap bumbung..
Di atas berkilatnya lapisan lantai bersimen..
Ada pelbagai kisah ditonton mereka..
Itulah penonton setia drama rumah tangga..
Bagai menjadi saksi bisu tanpa nyawa..
Selain dijadi tempat berteduh tiap keluarga..
Bergelak ketawa..
Bergurau senda..
Berduka lara..
Bermuram durja..
Bergaduh sengketa..
Bertikam bicara..
Semuanya ada!
Dalam bahagia turut ada derita..
Tidak cukup masalah yang satu..
Datang pula yang baru..
Inilah dia rumah tangga..
Banyak kisah kalau hendak dicerita..
Tidak perlu dijaja cukuplah mengadu domba..
Bukan berhikayat sini sana..
Menjadikan buruknya masalah sedia ada..
Melainkan meminta nasihat dan pandangan mereka..
Biar yang keruh menjernih semula..
Tapi datangilah Allah, Tuhan kita..
Berkeluh kesahlah padaNya..
Mintalah moga ditunjukkan jalanNya..
Mintalah moga diberi kekuatan hadapi segalanya..
Mintalah moga damai ada di akhirnya..
Sedang Dia juga saksi bisu..
Melihat hambaNya di saat ujian datang dan berlalu..
Namun satu yang kau perlu tahu..
Hanya pada Dialah tempat mengadu..
Dan Dialah yang menjadi sumber kekuatanmu..
MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati
09.08.2017
DIARI : 9. Gagal UPU? (1)
Masa hari kejadian, saya sedang buat kerja bersama sepupu dan ibu saudara.. Tiba-tiba, sepupu saya bertanya pasal bila saya boleh tau keputusan UPU.. "Tengah hari ni dah boleh cek.", saya jawab.. Sempat lagi kami bergurau dan berbual- bual sampai la tepat- tepat pukul 12.00 tengah hari.. "Hurmm.. tiba- tiba pula nervous. Sebelum ni biasa je." Saya bagitahu dia dan dia ketawa sambil suruh rilex ler..
Hari tu jugak handphone saya buat onar.. Skrin bermasalah.. huhu.. Jadi hang pulak tu.. Sebab saya tak nak ambil masa yang panjang dan telefon pon tengah bermasalah, saya buat keputusan untuk semak melalui SMS je.. Ambil masa jugak sebenarnya sebab asyik tersekat-sekat dan 'hang'.. Lepas tu saya sambung buat kerja.. Biasanya saya 'silent'kan handphone tapi sebab nak dengar mesej masuk punya pasal, saya tukar mode off silent dan tingkatkan volume..
TING!!!
Bunyi bersama getaran mula kedengaran.. Saya dan sepupu saling berpandangan macam, "HAAA, DIA DAH DATANG!" Saya pon try la bukak, rupanya belum masuk lagi.. Tengah tengok fon, tiba- tiba mesej masuk.. Dengan lafaz bismilllahirrahmaanirrahim. saya buka la.. Ternyata apa yang saya TERfokus masa tu adalah 'TIDAK BERJAYA' barulah saya mula baca dari first ayat..
Perasaan?
Surprise jugak la sebab dalam banyak- banyak pilihan rupanya bukan untuk saya.. Tapi macam mana entah, saya boleh kuat, tutup fon dan bagitahu sepupu serta ibu saudara saya yang ada, "Tak dapat." sambil tersenyum.. Cuma senyuman biasa yang manisnya mungkin pudar.. Tapi bergurau tu boleh go on jugak la.. Sambil-sambil nak ceriakan hati..
Sambung kembali kerja.. Time tu sedih ada jugak tapi Alhamdulillah bukan masih boleh ditahan.. Saya pujuk hati, "Sabar la Nina. Ni semua perancangan Allah dan Allah dah tetapkan permohonan hari tu bukan untuk kau. Takde rezeki dan takdir ni Dia yang pegang. Insha Allah ada hikmahnya." So, saya buat biasa je.. Cuma minda saya ni terfikir, "Macam mana la umi dan abah nanti? Kecewanya diaorang. Dapat terima tak eh?" Sebak pula time tu..
Dah habis kerja, aku balik rumah.. Masuk je rumah, nampak umi ada di dapur. "Macam mana UPU?", haaa kan dah kata. Mesti ditanya. Aku pon cakap la tak dapat.. Dapat tengok jugak ekspresi umi yang berubah.. Hehe.. Nak buat macam mana mi, Kak Long pon tak expect tapi dah siap sedia dari awal kalau gagal.. Sempat la borak sikit- sikit, aku masuk bilik..
BERSAMBUNG..
N.I.N.A
09.08.2017
Friday, August 4, 2017
PUISI : 22. Berharap PadaMu
Wednesday, August 2, 2017
PUISI: 21. Gara-gara Cinta
Tuesday, August 1, 2017
DIARI : 8. Peringatan Semakan UPU
Sekarang ni memang saya tengah tunggu keputusan nak masuk degree je.. Sebelum ni belajar pastu rehat lama dah ni.. Lebih setengah tahun jugak.. Alhamdulillah masa buat MUET sebelum dapat keputusan yang so-so (orang kata).. Tapi saya kata bolehhhhh lahh.. Rezeki.. Walau tak disangka tapi tetap lulus.. Pastu masa semakan panggilan temuduga pon alhamdulillah, dapat la satu tawaran panggilan temu duga.. Dugaan jugak nak ‘berjalan jauh’ masa bulan puasa hari tu.. Pergi sehari awal.. Lepas je habis interview kat IPTA tu, terus balik tempat penginapan.. Nak angkut barang- barang dan ahli keluarga yang kena tinggal.. Then, balik ke tempat asal.. Siapa cakap dugaan? Sebenarnya bagi aku itu kiranya rezeki la walaupun belum tentu berjaya.. Dapatlah pengalaman kena temu duga untuk sambung belajar.. Lagipun tu adalah bidang yang memang saya nak dan salah satu kos yang saya mintak.. Cuma nak berharap lebih- lebih tu tak boleh.. Takut kecewa menangis sorang- sorang pulak.. T__T
PUISI : 20. Seorang Penulis
Lalu terungkaplah si penulisnya..
Tanpa seorang penulis..
Takkan wujud sebuah karya..
Punya personaliti tersendiri..
Menjadikan hebatnya dia..
Di mata pembaca hasil karyanya..
Bukan penampilan fizikal..
Sebaliknya gaya penulisan si dia..
Walau sekadar nama pena..
Tanpa dapat bersua muka..
Hati pembaca mudah terjatuh cinta..
Andai tulus dan menyentuh jiwa..
Segala tulisan pada karya dia..
Bagaimana si penulis di balik karya itu..
Bagaimana perwatakan dia..
Bagaimana kehidupannya..
Bagaimana dia hasilkan karya..
Bagaimana jika dia alami kebuntuan..
Bagaimana jika ideanya mula merosot..
Bagaimana dia hadapi cabaran menulis..
Bagaimana dia dapatkan sumber penulisan..
Bagaimana dia dapatkan semangat juang berkarya..
Bagaimana dia tatkala terima kritikan..
Bagaimanakah dia?
Yang dilihat hanyalah aksara..
Jadi hasil tangannya..
Juga buah fikiran dia..
Bakal jadi penulis terkenal..
Bakal disebut-sebut karyanya..
Andai penulis hebat berkarya..
Andai pembaca menggemarinya..
Walau awalnya dikritik..
Bukan alasan pemutus semangat..
Makin berdepan cabaran..
Makin banyak pengalaman..
Makin luas pengetahuan..
Makin digilap bakat penulisan..
Makin diasah cara pengolahan..
Tidak mustahil jika dikatakan..
Dia mampu berada jauh di hadapan..
Ibarat peribahasa Melayu..
Belakang parang kalau diasah lagikan tajam..
Begitu jua bakat dan fikiran dia..
Di akhirnya dialah yang berjaya..
Mungkin terselit pelbagai perasaan..
Cuma tiada yang mengetahui..
Mungkin terselit pelbagai mesej dan pengajaran..
Yang mahu dia sampaikan..
Melalui medan tulisan..
Kata-katanya terlahir dari hati..
Abjad dan aksara jadi penghubung bicara..
Terluahlah segala madah dia..
Jadilah warkah bisu untuk pembaca semua..
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati
PUISI : 19. Kisah Novel
Dialog perbualannya..
Kronologi hidupnya..
Ekspresi wataknya..
Itu cumalah khayalan..
Lahir dari fantasi..
Si penulis yang bijak berimaginasi..
Lalu diolah melalui penulisan..
Dari sepatah kata..
Mula jadi satu ayat..
Lalu wujud berpuluh- puluh perenggan..
Sudahnya lengkaplah satu bab..
Melangkah pula ke bab seterusnya..
Makin diolah makin berjela..
Sampai satu tahapnya..
Berakhirlah dengan sebuah epilog..
Menampakkan tamatnya garapan itu..
Kisah ini hanyalah rekaan..
Kisah novel cumalah bahan bacaan..
Imaginasi kadang terlalu tinggi..
Ada yang tidak logik..
Ada yang klise..
Ada yang menyentuh hati..
Ada yang tak mampu diterima pembacanya..
Pentas garapan itu ada benarnya..
Tercetusnya idea si penulis bukan sekadar anganan..
Malah melalui pendengaran, perhatian dan kajian..
Ditulis menceritakan pementasan kehidupan..
Berkait rapat norma masyarakat..
Menyamai juga kisah hidup tertentu..
Membuatkan ada yang berkata..
"Kisah hidup kau ni macam novel la."..
Hakikatnya adalah yang sebalik itu..
Jika tiada pernah wujud di alam realiti..
Tak mungkin terkisah cuma fantasi..
Ada juga berdasarkan kisah benar..
Kisah realiti yang jadi pengajaran..
Tapi penceritaannya direkakan..
Wataknya yang berbeza-beza..
Hero dan heroin pemegang watak utama..
Pengakhirannya juga boleh diteka..
Pelbagai unsur terselit dalamnya..
Serius, lawak, sedih dan sebagainya ada..
Ekspresi itu membuatkan hidupnya watak rekaan..
Si pembaca dapat menghayati sebuah penyampaian..
Liciknya si penulis memainkan perasaan..
Tak lupa juga..
Nasihat dan fakta menarik diselitkan..
Menyampai pesanan sebarkan pengetahuan..
Andai kau pembacanya..
Kau boleh hanyut dalam dunia rekaannya..
Tanpa sedar kau gelak sorang-sorang..
Kala sedih menangis sendirian..
Bila tak puas hati marah pula menguasai diri..
Tatkala dilanda asyiknya saat romantis..
Kau terbuai dalam senyuman..
Ibaratkan diri yang merasai..
Hingga ada yang berkata..
"Kalaulah aku yang ada di tempat dia."..
Kau pula yang beremosi..
Jangan sampai obsesi..
Mahukan kisah rekaan jadi kenyataan..
Dan kaulah pemegang watak utama..
Ingin kisah hidupmu jalannya sama..
Sedangkan mustahil jadi nyata..
Melainkan kebetulan saja..
Atau telah tertulis takdir itu dari Dia..
Asal bahagia menjalani hari-hari yang berlalu..
Boleh saja kau kisarkan hidupmu itu..
Abadikan segala momen yang ada..
Kaulah penulisnya..
Kaulah watak utamanya..
Kaulah pembacanya..
Maka itulah kisah benar lagi nyata..
Itulah jua kisah sebuah novel..
Novel tentang kisahmu sendiri!
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati
Sunday, July 30, 2017
PUISI : 18. Kerana Darjat
Tolonglah aku..
Beritahu padaku..
Bagaimana pengakhirannya?
Cerita cinta antara kita..
Aku tahu..
Dalam hatimu ada namaku..
Dalam hatiku ada namamu..
Kita saling menyayangi..
Tapi apakan daya..
Kerana pantang manusia..
Kisah kita bagai terhalang..
Kau orang berada..
Hidup senang di balik timbunan harta..
Tapi..
Tidak ku impikan itu semua..
Cukuplah bersederhana..
Aku tahu diriku cuma biasa..
Nampak selekeh di pandangan mata..
Tiada harta apatah ternama..
Rupa pula biasa-biasa sahaja..
Cuma hati yang penuh cinta..
Tapi itu semua tiada jaminannya..
Kerana tidak sekufu..
Sukar untuk kita bersatu..
Orang tuamu tidak merestu..
Orang tuaku teragak menerimamu..
Betullah bagai dikata..
Gagak manakan boleh terbang tinggi bersama enggang..
Dan aku mungkin terlupa..
Kau laksana si merak kayangan..
Aku laksana si gagak hitam..
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati
Friday, July 28, 2017
PUISI: 17. Pemutar Kata
Diri bagai kebingungan..
Terselit juga kemarahan..
Hanya kerana madah..
Si dia yang ungkapkan..
Tiap patah katanya..
Bagai tak mampu diterima akal..
Awal bicara begitu..
Akhirnya begini..
Dalam dia memuji..
Banyak yang dikeji..
Bila dia berjanji..
Akhir saatnya dia mungkiri..
Inilah contohnya..
Umpama cakap tak serupa bikin..
Apakah aku yang salah mendengar?
Atau dia yang salah bicara?
Mungkinkah dia suka memutar kata?
Hingga diriku pula terpedaya..
Jika dia katakan soal fakta..
Boleh jadi ia cuma auta..
Andai bicara itu benar..
Kiranya lega jika medengar..
Jika sebaliknya..
Adakah aku bersubahat dalam fitnah?
Menabur tohmanan atas sesuatu..
Hakikatnya kepastian tiada dipersoalkan..
Andai aku yang terlibat cuma..
Masih aku tabah berdepan dia..
Jika sebaliknya..
Perlukah aku menjauhi dia?
Jagalah wahai pemutar kata!
Usah lagi berdolak- dalih..
Tak perlu kau bermuka- muka..
Bagaikan talam dua muka..
Apatah memutarbelit cerita..
Bimbang ada yang tak mampu bertahan..
Lalu dirimu mula ditinggalkan..
Jagalah bicara!
Tak usah lagi jadi pemutar kata..
Kelak kau pula binasa..
MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati
28.07.2017
Thursday, July 27, 2017
PUISI: 16. Kacaknya Dia
Sungguh tampan di pandangan mata..
Melihat dia tersenyum mesra..
Melihat dia sopan dalam bicara..
Melihat dia tenang hadapi segala..
Tertarik sudah..
Hati ini ternyata..
Bagai tertarik pada yang menarik..
Tidak hanya pada wajah..
Tapi indah pada segala tingkah..
Kacaknya dia..
Sekilas terlihat punya pesona..
Kacak memikat pada gaya..
Tak mampu ditepis segala aura..
Adakah diri terpaut padanya?
Kacaknya dia..
Tak perlu rapi berhias muka..
Tetap tenang melihat rautnya..
Tidak bertingkah romeo segala..
Tetap tergoda akan si dia..
Tiada busana mewah berjenama..
Tetap terpaku kala melihatnya..
MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati
27072017
Monday, July 24, 2017
PUISI: 15. Cantiknya Dia
Sungguh indah di pandangan mata..
Melihat dia tersenyum mesra..
Melihat dia sopan dalam bicara..
Melihat dia ayu tiada terdedah sini sana..
Tertawan sudah..
Hati ini ternyata..
Bagai tertawan pada yang menawan..
Tidak hanya pada wajah..
Tapi indah pada segala tingkah..
Cantiknya dia..
Sekilas terlihat punya pesona..
Anggun memikat pada gaya..
Tak mampu ditepis segala aura..
Adakah diri terpikat padanya?
Cantiknya dia..
Tak perlu berhias muka segala..
Tetap tenang melihat rautnya..
Tidak bertingkah manja menggoda..
Tetap tergoda akan si dia..
Tiada busana menyilaukan mata..
Tetap terpaku kala melihatnya..
MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati
24072017
Monday, July 17, 2017
PUISI: 14. Tunduk Menyembah
Insan yang bergelar khalifahNya..
Berlegar-legar di ruang bumi yang fana..
Manusia..
Insan yang mudah pelupa..
Hanya kerana leka dan alpa..
Dalam mengejar dunia semata..
Akhirat dibiarkan saja..
Tak sedar rupanya diri telah dimurka..
Ingatlah saudaraku..
Kau dan aku adalah satu..
Hamba yang dicipta oleh Dia..
Menjadi umat pada kekasihNya..
Kenapa makin lama makin jauh dari Dia?
Dia yang bergelar Allah, Tuhan kita..
Kenapa makin lama makin lupa wasiat baginda?
Baginda yang bergelar Muhammad, nabi kita..
Wahai saudaraku..
Bicaraku bukan hanya untukmu..
Malah untuk peringatan diriku..
Yang turut punya kekurangan sepertimu..
Mudah tergelincir dalam lautan nafsu..
Serta bisikan- bisikan syaitan tak putus menghasut selalu...
Sungguh aku hina Ya Tuhanku!
Tunduklah saudaraku..
Rebahkan kedua lututmu..
Jatuhkan kepalamu..
Yang selalu angkuh dalam laku..
Sujudlah dengan kerendahan hatimu..
Mengharapkan rahmat TUHAN..
Juga mohon segala keampunan..
Sembahlah saudaraku..
Akan TUHAN kita yang satu..
Jangan pernah kau bersekutu..
Sedang Dia yang mencipta kita..
Sedang Dia yang menebarkan rezeki hambaNya..
Sedang Dia yang memberimu nyawa..
Sedang Dia yang mengambil nyawa..
Entahkan bila masa terakhir kita..
Jangan lupa terus tunduk menyembahNya..
Sebelum ajal menjemput kita..
Di alam seterusnya..
Harta, pangkat dan penat dunia bakal lenyap..
Doa, ilmu bermanfaat dan sedekah jadi pahala berterusan..
Tak lupa juga..
Solat jadi perhitungan..
Pentingnya ia adalah hitungan pertama!
Maka aku tegaskan kembali..
Tunduklah sembah Ilahi!
MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati
17072017













