Thursday, April 1, 2021

PUISI : 117. Dia Crushku

Aku terpandangkan dia..
Entah kenapa hati terjatuh suka..

Adakah ini yang selalu orang kata..
Jatuh cinta pada pandangan pertama..

Tanpa dia sedar..
Kerananya, hatiku bergetar..

Selalu sahaja dia di fikiran..
Seolah- olah aku jadi gila bayang..

Tapi aku tidak kenal dia..
Entah- entah sudah punya teman istimewa..

Memikirkan kemungkinan itu..
Rasa kecewa melanda diriku..

Ingin sahaja tidak mempedulikan kehadirannya..
Tapi tetap tak mampu berkalih daripada memandangnya..

Hendak meluahkan tak ada kekuatan..
Cukuplah setakat pendam perasaan..

Jika diizinkan Tuhan..
Crush bertukar menjadi teman..

Malu tapi mahu..
Moga berjodoh dengan dia, crushku..

           MekNina
#SiPengayatSukaHati

04.01.2021
⚠️ Cetusan idea : MFMF., Haziq, Asyraf Nasir - Crush

No comments:

Post a Comment