Sendiri, tiada sesiapa yang menemani
cukup untukku bermuhasabah diri
Sendiri, tidak bermakna sepi
cukup untukku melayan perasaan sendiri
Sendiri, tak mahu diganggu 24 jam sehari
cukup untukku punyai privasi
Adakalanya
aku inginkan saat bersendirian
sebagai ruang untuk aku melepaskan tekanan
juga beristirahat setelah kepenatan
Bukan bermakna antisosial jadi gelaran
cuma aku tak mahu terus bertopengkan senyuman
sedangkan jiwa berdentum diamuk keresahan
apalagi lesu masih membaluti badan
Aku juga perlukan masa tersendiri
untuk mencari hiburan hati
biarlah walang berlalu pergi
bergantikan tenang datang kembali
Dalam kesibukan yang penuh tekanan
aku tercari- cari masa sendirian
walhal aku terlupa
masa bersama Dia sering aku alpa
MekNina #SiPengayatSukaHati
08.04.2021
No comments:
Post a Comment