Sendiri di negeri orang
Demi menggenggam satu impian
Setelah sebulan meninggalkan kampung halaman
Aku dipertemukan dengan Ramadan
Syukur usiaku masih panjang
Mampu menikmati lagi saat-saat bersama Ramadan
Ramadan adalah bulan yang penuh kemuliaan
Umat Islam berpuasa sebagaimana kewajipan
Jika kau pelajari rukun Islam
Kau tahu terselitnya rukun puasa di bulan Ramadan
Ramadan 1442 Hijrah punyai kenangan tersendiri
Tersimpan di memori tak ubah seperti diari
Saat- saat bersahur dan berbuka seorang diri
Aku cuba dalami proses berdikari
Walau keluarga jauh dari pandangan
Aku jalani kehidupan dengan kecekalan
Semoga Ramadan ini ditempuhi dengan tenang
Disusuli jua amal ibadah dan berbuat kebaikan
Cukuplah setakat itu aku bagitahu
Tidak perlu aku kupaskan kisah hidupku
Tak mampu jua aku coretkan satu per satu
Biarlah cuma aku yang tahu catatan diari Ramadanku
MekNina
#SiPengayatSukaHati
#PuisiRamadan
#PemuisiNasional
19.04.2021
SEMARAK PUISI RAMADAN 2021
ANJURAN: PEMUISI NASIONAL MALAYSIA
13 - 20 APRIL 2021
No comments:
Post a Comment