Bertemu tanpa dipinta
Berpisah tanpa dijangka
Siapa menduga hari terakhir bersama
Kehidupan kita tidak kekal selamanya
Perpisahan mampu mendera jiwa raga
Lebih terluka andai berpisah tanpa sebarang kata
Bertambah perit kerana ajal sudahpun tiba
Takdir Tuhan, tiada siapa yang mampu meneka
Tatkala rindu menakluki pelusuk jiwa
Hanya doa jadi penghubung bicara
Tiada lagi renungan mata ke mata
Yang ada hanyalah kenangan bersama
MekNina #SiPengayatSukaHati
06.04.2021
No comments:
Post a Comment